Thursday, 5 January 2017

ONLINE SELLER PENIPU? (PART II)

Assalamualaikum,

Ini merupakan sambungan semalam berkenan online seller. Nak tahu cerita sebelum ini? Boleh klik sini. Sambungan ini aku cuma nak ulas sedikit sebanyak peranan "Seller and Buyer".

Kau bole tgk gambar yg aku upload. Kau rasa seller ni JUJUR KE? Tapi barang nko sampai? 😅
 


1# Aku tak nak cakap dia JUJUR KE TAK at least dia hantar jugak barang aku walaupun tersangatlah lambat, satu. Then, dia refund jgk duit customer dia, dua.


2# Yang aku nak komen/ulas/tanya mana laa etika dia sebagai penjual? Lepas aku text "thanks n bla bla dalam wasep" lalu dia screenshot perbualan kami. Ohh yaa, sebelum screenshot.. dia delete text yang aku tanya dia macam-macam (text yang aku spam, actually tak laa spam and paksa-paksa seller ni sangat) dan yang dia tak reply tu.. lepas tu dia post dalam IG. Gambar yang dia post tu sangat tak jujur bagi aku. 
a) Kenapa dia perlu delete conversation yang aku tanya tu? 
b) Kenapa perlu delete and crop?
c) Kenapa perlu buat macam tu?

Nak nampakan yang EVERYTHING OKAY & TIADA MASALAH?
Adakah perbuatan yang dia lakukan itu HALAL?
Adakah perbuatan tersebut BERETIKA?


3# Aku minta banyak kali tracking number. Kenapa laa susah sangat nak bagi. Ye Aku faham mungkin dia ada banyak sangat customer tapi tolonglah manage masa tu untuk bagi tracking number. Bukan memudahkan buyer sahaja malah memudahkan kerja kau juga.

Aku selalunya, lepas dah post barang customer aku terus bagi tracking number dia walapun dia tak mintak. Kadang-kadang, aku tolong check kan.. dah sampai ke belum.

4# Dia sebagai seller sepatutnya bertuah dpt customer macam aku. Tak fussy and push banyak kali. Aku cool and steady je ( tapi dalam hati.. Siap nko tak pos barang aku, aku viral kan hihihi 🙊)

5# Dah sempat screenshot tu tak reti-reti ke reply text orang? At least reply "thanks" itu pun cukup. As seller, kite kena appreciate customer kite. Haiyooo mcm mana customer nak repeat order kalau gini caranya.

6# Kite jadi seller, kena jujur. If tak hantar lagi cakap belum hantar lagi. Mintak maaf dulu ke sebab lambat hantar. Kalau ada masalah sekali pun at least cakap then sorry tu pun dah cukup. Baru customer TRUST KAU! Ini tak, buat customer ragu-ragu tertanya-tanya kedai dia ni betul ke tidak, yedak?

7# Aku pun menjual jugak. Jual produk lain tapi masa sistem jejak pos laju masalah, aku pos je parcel customer aku. Alhamdulillah dapat je jejak and sampai je barang walaupun agak lambat sedikit. Entahlah aku tak faham dengan seller yang aku berurusan ni.

8# Sebagai penjual juga, customer tanya tu jawab laa. Walaupun semalam punya text yang kau tak jawab, jawablah janganlah diam dah dua tiga hari customer wasep marah-marah baru terhegeh nak reply? Harini mungkin bisnes awak maju tp kalau laa dah setiap kali perangai awak macam ni sampai bila boleh maju mcm harini? Hmm

Itu je kot, bebelan aku. Aku just share apa ilmu yg aku ada, apa yang aku faham. Sharing is caring kan. Maaf kalau ada silap dan salah. Mungkin aku ada tak tahu keadaan seller tu macam mana, aku minta maaf. Aku just luahkan apa yang aku rasa. Mungkin seller tu tak salah cuma keadaan yang macam tu, entahlah. Maaf aku masih baru. 

Wednesday, 4 January 2017

ONLINE SELLER PENIPU? (PART I)

Assalamualaikum,

Apa yang aku nak sampaikan ini bukan nak burukan mana-mana pihak. Aku just nak korang berfikir, adakah online yang aku berurusan ini penipu atau bahasa lebih lembutnya TIDAK JUJUR? Cerita ini, berdasarkan pengalaman yang aku lalui baru-baru ni. Aku tak sangka, memang wujud juga seller yang begini rupa.

Okay, teruskan membaca ini baru part 1. hihi

Cuba tengok gambar diatas, apa perbezaan yang korang nampak dalam gambar diatas?

Kiri: WhatsApp Aku (pembeli)

Kanan: penjual

Aku order and bank in duit pada 15Dec2016. Aku terima parcel aku harini 03Jan2017. Lepas aku bank in, seller ckp dia akan pos barang tu petang, so expectation aku yang parcel ni paling lambat sampai lebih kurang dalam seminggu tolak sabtu ahad. Sebab aku order hari khamis, proses pos laju mungkin ambil masa 3 hari. Selalunya, kalau aku check tracking number.. paling cepat sehari & paling lambat 3 hari.

Mungkinlah bulan Dec 2016, sistem jejak pos laju bermasalah. So, dia bila dia bagi tracking number memag tak dapat la sampai laa sistem jejak pos laju dh okay balik then aku check number aku tu still tak wujud! Sampai aku g Pos Laju Cheras, aku tanya sendiri. Dalam masa yg sama aku wasep seller tu juga. Dua tiga hari dia tak reply wasep aku. Tanya banyak-banyak jawab sepatah. Lepas aku beritahu dekat dia yang aku pergi check sendiri Pos Laju Cheras tu, baru laa dia kata ada masalah dgn pos laju & dia akan pos balik. 

POS BALIK? Kau ghase? Adakah dia temberang aku pd 15Dec2016 yang dia pos barang aku petang tu haritu atau memang betul-betul pos laju buat hal?

Entahlah kenapa aku masih boleh bersabar & aku sikit pun tak push saller ni tau (baik kan aku? Haha) Aku nak tengok permainan dia mcm mne (haha, lgpn duit aku bank in tu tak banyak sangat pon tapi still duit jgk kan...)

Tiap-tiap hari aku check setiap post dia dkt Instagram. Hamboii wasep tak reply, IG bole reply 😑 Suatu hari tu, aku check IG dia ada org komen maki-maki cakap barang tal sampai wasep xreply dah lama tunggu and bla bla sume.. masa tu aku tak screenshot komen budak tu (terlupa) Tup tup hilang dah komen makian tu.

Buka IG dia hari lain dia update senarai nama & tracking number then ada sorang customer dia tanya "nama I xda pon" (aku check nama aku pun takda jugak, sedih tapi aku sabar lg hahaha) mlm tu check balik komen yang tanya nama dia takda tu.. seller tu delete nko! Aku cpt2 DM org yg komen tu (kali ni aku sempat screenshot in case jd pape khennn, hihi) Dia pun sama mcm aku weh. Disebabkan dia tak sabar dan dia tak yakin mungkin sebab dia labur banyak juga dia mintak refund. Nasib baik dapat duit refund tu balik, kalau tak memang viral haha.

Harini aku excited laa barang yang aku nanti-nantikan sampai. Then terus wasep. Tak reply nko, takpa takpa janji barang dah dapat. Secara tak sengaja tadi aku buka IG dia. Dia post gambar customer feedback yang telah di screenshot tu. Pehhhhh.. dia cover (delete) weh wasep aku yg aku spam & tanya dia banyak kali tu. Haish, APA MASALAH SELLER NI WEH? TAK JUJUR KE? TAPI BARANG SAMPAI DAH.

Apa pandangan korang dengan tindakan saller ni?

Nantikan sambungan seterusnya esok ;)
- Bylaa