Friday, 16 December 2016

MESIN AIR "BERHANTU"


Title Post kemain macam gempak je kan nak cerita. Nak cerita laa ni, sat sat. Sabar sattt! Hahaha.

Okay okay, sambung.

Semalam lepas lepak dengan Wawa, Fifie, Papa & Mama dekat Qbistro.. kteorang bertiga (Aku, Wawa, Fie) pergi lepak Dataran Merdeka, KL. Sebenarnya, aku dengan wawa tak pernah lepak sini lagi malam-malam. Dulu kalau lepak dataran, selalunya akan lepak dekat Dataran Shah Alam. Bagi aku, aku tak suka lepak dataran ni. Bosan dan agak menakutkan dari segi keselamatan, gittew.

Kteorang lepak dataran dari pukul 10 malam kot sampai laa pukul 12 malam. Seronok jugak laa lepak. Sambil borak-borak cerita pasal zaman sekolah dulu-dulu. Tepat pukul 12 malam, jam dekat dataran tu pon berbunyi. Kteorangkan Cinderella, that's why kteorang kena balik. Nanti kuda jadi labu, hihi *berangan*

Lepas balik tu, Fifie hantar Wawa dulu. Disebabkan wawa takut. Dia ajak fie teman dia sampai naik rumah. Dan disebabkan fifie pon takut nak teman wawa sorang-sorang. Aku pun merelakan diri untuk teman sekali. 

Haaa.. ini yang nak cerita. Lepas kteorang parking kereta fifie dekat bawah blok wawa kejap. Kteorang pun tunggu lift. Sambil tunggu lift tu. Kteorang pun usha sekeliling. And then, kteorang nampak laa satu mesin air dekat depan lift tu. Aku pun tegur lebih kurang macam ni "Weh, gila ahh mesin air ni ada dekat sini.." Sebenarnya aku kagum kot. Rumah flat wawa ada mesin air then depan lift pulak tu. Sumpah, aku sedikit excited hahaha. Lepas tu, aku pun tegur... "Weh, tapi kan musik dia macam SCARYYYY doe.."  

Fifie dengan pantas.. menjawab.. "A'ah weh, aku pun baru nak cakap macam tu.." Demmmm...

Kteorang senyap, pandang satu sama lain. Then si fifie dah gelak-gelak. Aku pulak marah si fifie sebab dia macam cakap lepas korang tahu dalam masa yang sama aku pun nak tergelak jugak sebab tak tahu nak takut ke nak gelak. Perasaan tu bercampur dengan kagum, excited, takut tapi berani macam tu laa. Yang si wawa pulak dah takut-takut "wehhh, dah laaa janganlah cakap lagi..."

Korang nak tahu mesin tu bunyi macam mana? Mesin tu bunyi macam kau masuk rumah hantu. Mendayu-dayu tapi nyaring. Kau tahu tak bunyi macam mana? Bunyi dia macam kau tengok cerita hantu omputih laa senang cite. 

Then, si fifie tegur lagi "weh, ada video laa.. video apa tu?". Aku dengan pantas tengok video tu. Sumpah seram seyhhhhh! Video tu kan ada gambar macam orang rambut panjang then muka dia merah-merah darah. Haaa engko! Scary tak? Cepat-cepat aku pandang lift. Then lift pon sampai, kteorang pon naik. Dalam lift fifie dok gelak-gelak. Aku pulak senyap. Wawa memang tak cakap apa laa. Fie cakap sambil gelak-gelak dia tu "hahaha.. muka sal dah merah weh!" si wawa gelak kecil. Aku tengah cuak tapi takda laa cuak sangat tapi cuak gak laa, hahaha.

Lepas hantar wawa, aku dengan fie nak turun balik ke parking kereta. Mujurlah, kereta tu kteorang park dekat dengan lift. Masa nak turun lift tu, tetiba lift berhenti dekat tingkat 4. Fefaham laa, kalau orang cina mesti dah cakap nombor 4 ni nombor suweh! Lift terbuka then takde orang. Kteorang senyap je. Dah sampai bawah aku cepat-cepat jalan ke kereta tamau dah pandang mesin tu. 

Serius weh, kteorang dengan bunyi pelik. Serius pelik. Then pagi tadi, wawa hantar gambar mesin tu. Wawa cakap mesin tu takda pulak bunyi pelik macam semalam. Mesin tu buat iklan kartun. Habis tu apa yang kteorang dengan and nampak semalam?

Demmmmm....

Aku just fikir positif je laa. Mungkin orang yang buat mesin tu guna sound/melodi yang seram supaya, malam-malam tak ada laa orang nak menjahanamkan mesin tu. Maklumlah, manusia ni kekadang kalah monyet. Tapi kalau orang dah niat jahat, jahat jugak khennn? Takdanya dia nak rasa takut takat benda kecik macam tu kan? hahaha.

Tapi janganlah jahat sangat kalau nak letak melodi seram kat mesin tu. Sian orang nak balik kerja malam-malam ke then tunggu lift sorang-sorang.. tak ke scary? huhuhu

Okay, ini mesin dia.. taraaaaa~

MESIN "BERHANTU"

Maaf penggunaan kata yang agak kasar dalam entri ni, hihi. Sorry awak :D

No comments:

Post a Comment