Sunday, 28 February 2016

G-Shock Date

Kalau tak sayang, tak ada maknanya aku nak tunggu budak ni semata. Dah laa mengade, manja geram aku. Ini laa dia "kawan" aku. Nak dekat dua tahun "berkawan" dengan dia ni. Macam-macam dah lalui, acewahhh. Takda laa biasa-biasa je laa. Standard laa kannn relationship yang macam kteorang ni hubungan tanpa status. Pepandai kau laa nak tahu kau tu siapa bagi dia. Hm

Sebenarnya aku suka lagi relationship macam ni tapi.. orang cakap tak bagus sangat macam ni. Sebab dia atau aku masih bebas nak "berkawan" dengan sesiapa pun. Nampak macam tak fair kan? Kalau salah sorang je daripada kteorg yang setia dan menganggap benda tu serius mesti macam kecian kan. Macam aku laa kot, hahaha. Padan muka aku, nak sangat hubungan tanpa status. Kononnya, masing-masing faham sendiri laa. Bagi aku, dah aku suka sorang tu.. aku suka dia sorang je. Kalau dah sayang lagi laa. Nak suruh aku lupa? huh. Walaupun aku cuba untuk rebound relationship dengan orang lain memang susahlah. Kecian dekat orang yang tunggu aku tu, huhu.

Dan semalam kteorang jumpa. Ikut jumlah tahun ni jumpa dah 4 kali jumpa haa. Nak cakap makin bagus ke tak, tak tahu laa. Ada laa jugak improvement dia. Nak tengok movie dah petang sangat so macam tak sempat nak tengok, then kteorang dah jenjalan kt NU Sentral kteorg pergi Masjid Jamek. Boleh pula sampai kat Masjid Jamek dia tetiba cakap.

"Dia, kite nak gelang"
"Haa, gelang? Nape nak pakai gelang lak?"
"Saja. Carilah, kalau tak.. tak boleh balik"

Tengok, suka ugut aku. Geram betul aku dengan dia ni. Dia yang nak gelang, dia suruh aku yang pilihkan, buat-buat pilih tunjuk dekat dia. Kalau dia kedip mata tu tanda dia berkenan dah laa. Nasib baiklah dekat Jalan TAR sana tu ada macam pasar malam. Lalu sekerat kat situ nasib baik jumpa. Berkenan, terus aku beli dua. Dia satu, aku satu. Sawit kan? hahaha

Entahlah, kalau aku ikhlas memang aku ikhlas. Gelang tu tanda hadiah aku dekat dia. Banyak lagi hadiah nak kasi tapi buat masa ni yang ni dulu. Apa-apa saja untuk dia, acewah :)

Ini gelang kteorang dan ini jam dia. Katanya jam basic je. Harga pun boleh tahan murahlah jugak katanya. Aku iyakan je laa sebab aku tak tahu sangat harga-harga jam ni. Asal jumpa dia je mesti dia cakap pasal jam G-Shock. Lepas tu bawa aku jalan ke kedai jam. Aku pon dok usha jam lepas tu dah berkenan pulak dengan baby-g. 

Dulu aku memang suka jenis jam digital macam ni. Cuma tak jumpa yang berkenan je. Lepas tu kalau nak beli jam besar macam ni mula laa orang cakap tak feminin laa, tak perempuan laa hahaha. Biasalah tu, tapi sebab dia ni.. balik rumah terus scroll jam baby-g. emm itu saja nak cerita, haha. Muka abang takleh nak tayang sayang. Dah betul-betul confirm i'olls tunjuk kay :)

- Abell

Wednesday, 10 February 2016

Tips : Tabung Hijau

Hai, hari ini aku nak bercakap pasal tabung hijau. Korang suka menabung tak? Kalau aku dulu memang kuat menabung. Dan sampai orang gelarkan aku ni kedekut korang tahu, haha. Masa sekolah dulu kawan-kawan ajak makan kepci pon aku berkira. Aku sanggup beri fries dia je semata-mata nak teman kawan aku makan kepci, hahaha. Apa teruk sangat aku punya tahap berjimat aku. Kawan aku pun tengok aku macam kesian je dia pun bagilah rasa sikit kepci diorang. Cukuplah sekadar aku merasa walaupun aku tak beli.

Okay, now aku nak cakap pasal tabung hijau. Kau tahu apa itu tabung hijau? Tabung yang kau hanya menyimpan RM5 sahaja. Maksudnya setiap kali kau berbelanja dan dapat baki RM5 sekeping kau kena cepat-cepat asingkan duit itu dari dompet kau. Sebab apa kena buat demikian?

1- Kau akan terlupa 
2- Kau akan terbelanja
3- Kau akan terbagi duit RM5 sekeping kau tu sewaktu kau membuat pembayaran. Kadang-kadang orang akan tanya kau, eh ada duit kecil tak? Kau pun tengok dompet kau then kau nampak duit RM5 kau tu. Dengan rasa serba salah kau pun terpaksalah kasi. Aku paling tak suka situasi macam ni. Kau nak kumpul duit tu kau terpaksa keluarkan pula.

Orang cakap kalau kau terguna duit RM5 kau tu. Kau kena double kan duit kau tu dua kali ganda. Maksudnya kau kena simpan RM10 dalam tabung kau. Kira macam denda laa. Tapi aku tak pernahlah buat gitu. Kalau ikut denda tu kering dompet aku, hewhew.

Aku start kumpul duit hijau ni bermula bulan satu tahun ni. So, sekarang aku tengok je duit tu usik tak ahh. Nafsu betul tengok duit banyak-banyak. Aku start kumpul duit ini untuk "Tabung Kahwin" aku akan datang. Tak tahu bila pula aku nak kahwin. Calon pon masih kabur-kabur. Takpa, at least aku bersedia sebelum tiba masanya acecehhh.

Selain duit hijau (RM5) korang juga boleh kumpul duit oren (RM20). RM20 ni nilai dia besar sangat bagi aku laa bagi korang aku tak tahu laa kan. Buat masa ni aku kumpul duit hijau je. Nah ini ada beberapa tips untuk korang yang aku jumpa dekat FB by imuslimshop.com






- Abell

Monday, 8 February 2016

Hobi : Deco Planner

Hai, hari ni aku nak cakap pasal planner lagi. Aku memang gila dengan planner yang diorang deco bagai nak gila dengan aku-aku pun nak gila tengok. Dan aku paling pantang kalau pergi DIY or DAISO kedai yang jual benda-benda yang comel lagi murah. Sumpah aku boleh gila, hahaha. 

Bila aku gila, duit aku pun habis gila hahaha apa ni semua nak gila-gila. Serius weh, mata aku pantang nampak benda yang comel. Ibu aku marah kot aku bazir kat benda-benda macam tu. Bukan aku sorang je gila dengan adik aku pun gila. Aku yang gila ajar dia membazir dekat benda-benda yang comel. Kalau dia beli bolehlah aku share barang yang dia beli. Kat situ aku dah boleh jimat, kahkah.

Entah kenapa aku beli kertas-kertas ni. Memang rajin sangat aku nak deco planner aku. Tape tu serius comel tu yang aku beli. Puluh ringgit jugak laa aku habis dekat DIY jew, hewhew. Teruk betei.

Ini laa aku deco planner aku. Aku ni taklah kreatif mana tapi boleh ahh, hahaha *perasan*

Buat masa ini sampai sini aku deco. Penat juga nak mendeco ni tapi takpa sebab benda ni aku suka. Sanggup aku bazirkan masa dan wang untuk benda ni. Telah mencapai titk kepuasan yang maximum, gittew. Okaylah beb, guwa chow dulu. Tata

- Abell


Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH


First time seumur hidup aku join segmen-segmen macam ni dan yang penting segmen ini paling senang gila nak join. So, tak rugi. Last nak join adalah hari ni 08/02/2016, 11:59 PM. Alhamdulillah, masih sempat lagi aku nak join ni.

Korang yang nak join, just KLIK banner yang comel dekat atas ni okay? Good Luck u'olls :D

Tipu 01 : Dua Tahun

"Kau okay?"
"Tak. Aku tak okay"

"Kenapa?"
"Sebab dia"

"Kenapa dengan dia?"
"Dia tipu aku selama dua tahun ni"

"Apa yang dia tipu?"
"...banyak"

"Cuba cerita"
"Malas"

"Hmm"
"Bodohkan aku?"

"Kenapa pula?"
"Sebab aku percayakan dia selama ni"

"Bukan salah kau pun"
(senyap)

"Dia yang buat kau percayakan dia"
"Hm entahlah"



Sunday, 7 February 2016

Teman Tapi Mesra

Assalamualaikum,

Hai sudah lama aku tidak mengupdate, adehhh mana kata-kata janji manisku terhadapmu haha. Okay stop sudah mengarut tu. Mari kita teruskan. Apa yang korang tahu dengan term untuk "Teman Tapi Mesra" ni atau lebih dikenali sebagai TTM secara ringkasnya. Korang rasa teman tapi mesra ni sama ke dengan "SKANDAL"? Bagi aku dan mengikut pandangan aku TTM dengan skandal adalah satu maksud yang berbeza.

TTM ini mungkin dikenali sebagai hubungan tanpa status terhadap dua pasangan berlainan jantina tetapi masing-masing masih single. Dan term untuk TTM ni "quite friendly" laa berbanding dengan SKANDAL, hoho. Maksud skandal dari fahaman aku pula, dua jantina yang salah seorang daripada mereka yang sudah mempunyai pasangan tapi masih berlaku curang dengan pasangan sedia ada. Kiranya skandal ni main "pasang-pasang" laa gittew.

Okay, mesti ramai yang pernah rasa TTM ni kan kan kan? Hubungan tanpa sebarang declaration as a partner or couple. Kebanyakan, mereka ni mempunyai perasaan satu sama lain tapi takut untuk meluahkan untuk pergi ke stage seterusnya kerana mereka kurang berkeyakinan. Ya, macam aku laa kot hahaha. 

Aku tak tahu laa hubungan TTM aku ni kekal sampai kejinjang pelamin ke tidok. Sebab sekarang ini aku pun tengah terjebak dengan hubugan TTM ni wakaka. Orang cakap TTM ni cuma sementara janganlah kau berharap lebih. Aduhhh, pedih aku mendengar kata-kata itu. Sebenarnya TTM ni macam kawan je cuma mesra lagi dari kawan. Hubungan ni tak akan berpanjangan sampailah pasangan TTM ni menemui cinta hati. 

Beza ke KAWAN dengan TTM ni?

Kawan tu kawan laa. Kawan macam kau berkawan dengan Ali dan kau berkawan dengan Ahmad dan kau tak ada perasaan lebih daripada tu dengan diorang. TTM ni special sikit dari kawan sebab tu dia gelar TTM. Mereka tu act like a real couple tapi sebenarnya mereka tak couple pun. Relationship ni bermula dari perkataan TERTARIK/ SUKA/ SAYANG dan mungkin CINTA. Diorang tertarik antara satu sama lain dan mula jatuh sayang tapi mereka tak berani nak expose diri mereka ke stage seterusnya. 

KENAPA?

Sebab kenapa bagi aku.. mungkin sebab mereka ni fobia dan takut nak bercinta. Ataupun mereka ni mempunyai pengalaman yang pahit dalam bercinta dan atau mungkin mereka ini first time nak bercinta. Kedua, mereka masih mencari soulmate oleh itu kalau diorang dah jumpa cinta hati yang lain masa TTM so diorang takda laa rasa bersalah sangat nak putuskan hubungan. Mungkin lepas ni mereka boleh menjadi kawan biasa? hahaha

TTM ini sakit kalau kau betul-betul fall in love dengan partner kau. Then tetiba partner kau dah jumpa partner baru dan masa tu dia akan tinggalkan kau begitu sahaja. Yela, kau tu TTM dia je bukan girlfriend/boyfriend dia pun. So, buat apa dia nak kisah dengan kau. Bersabarlah duhai hati. Ntah, aku sayang TTM aku dan aku memang nak naik ke stage ke seterusnya tapi apakan daya. Dia suruh kawan-kawan je dulu. Aku redha aku teruskan jugak dengan hubungan TTM ni wuuuu sedihhhh.

<3 WMA
- Abell