Friday 6 November 2015

Confession: Kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku

Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekali, mahupun hanya untuk sementara sahaja. Maksud aku, yang pernah berkawan rapat dan berkongsi cerita dan pendapat dengan aku dulu-dulu gittew. Dan jugak kononnya yang pernah dok "crush" dekat aku, hahahahaha *perasan* dan pernah melawak dan menyakat aku masa tu *berapa banyak DAN* Aku luah dekat sini sebab aku tak mampu nak berdepan dengan korang dan aku juga tak mampu untuk "personal text" dengan korang *malas ah nak text macam apa je nnt* 

Aku bukan nak sombong ke, lupa kawan ke, bukan. Ada satu perasaan yang buat aku jauh atau berdiam diri dari korang iaitu perasaan "segan". Aku bukan apa, aku tengok semuanya sudah ada kehidupan masing-masing, sudah pun bahagia. Ada yang dah berkahwin, ada yang nak berkahwin, ada yang dah bermakwe daa... aku je yang masih mencari dari dulu sampai sekarang pon tak jumpa-jumpa lagi.. Allah tahu aku tak ready tu yang takda tu sampai sekarang, hahaha. kemonnnn laa takkan aku nak kacau korang wehhh, kekok kottt.

       Kepada seseorang yang telah berkahwin dan sudah dikurniakan anak iaitu Mr.S. Pertama, aku nak cakap tahniah dekat kau dan terima kasih atas jemputan ke majlis perkahwinan kau masa tu. Aku bukan taknak wish atau sombong masa tu dengan kau. Aku tak perasaan laa ada invitation dari kau dekat FB tu. Asal laa tak PM je aku, cakap kau dah nak kahwin. Kau ingat aku marah ke? Dok aihh. Itu pun Janah yang kasi tahu kalau tak sampai kesudah aku ingat kau "single" kahkahkah. Sebenarnya enn, aku segan wehhh nak wish "Tahniah" dekat kau masa tu. Kite kan dah lama tak bertegur sapa, tak pernah nak "like-like" status masing-masing *nampak sangat aku tak matang masa tu* Tapi kite memang kawan pun kan... 

          Kedua, sebelum kau kahwin tu (setahun lebih tak silap aku ke dua tahun lepas? lupa dah aku) thanks laa sebab pernah bagi nasihat "abang-abang" dekat aku dulu. Yela, kau kan tua 5 tahun dari aku. Setelah titik kematangan aku sampai *acewah* aku baru sedar nasihat kau semuanya sangat berguna. Bagus ahh kau. Thanks laa sebab kau tak pernah down kan aku masa result STPM aku keluar. Kau tak banyak tanya pasal result aku masa tu. Yela, result aku tak segempak kau kot haha malu laa aku harharhar. Tapi masa aku kerja part time dulu aku ada ngadu penat, letih, sedih semua dekat kau.. kau layan je cerita aku.. kau tak pernah marah aku. Kau tetap bagi semangat dekat aku supaya aku kuat sebab aku "kakak" dalam family aku. Dan paling penting! Kau orang yang tak pernah miss ingatkan aku pasal SOLAT! *thorbaik laa wa cakap lu* Thanks bro. Apa-apa pun tahniah aww.. dah berfamily dah kau. Doakan aku dapat suami yang baik-baik, soleh, dan boleh tahan perangai aku dan terima aku seadanya. Kau fefaham laa aku kan keras kepala :P ehehe. 

         Dan yang terakhir, aku nak cakap dekat kau yang aku OKAY! Serius okay :) *kesah pulak kau enn dgn aku, hahaha* dan jangan salah faham dengan aku kay. Kau still kawan aku walaupun kite tidak pernah/selalu bersapa. Lagipun kau dah kahwin buat apa nak contact laki orang wehh walaupun kawan *aku nak cari lelaki bujang,eh*, haha. Aku doakan kehidupan kau dan keluarga kau dilindungi dan dirahmati Allah. Btw, comel anak perempuan kau hahaha. Kbaii Mr.S!

Yang lain-lain yang kononnya "crush" dengan aku tu nantilah aku confess apa yang aku nak cakap. Sekarang takda ide, hehehe. Okay bye.

- Abell

1 comment:

  1. takpe doakan moga bahagia hendaknye.
    moga jodoh bella cpt dipertemukan hehe aminn ;)

    ReplyDelete