Friday, 28 August 2015

Praktikal : Akhirnya II "Sayang awak"

Memang seronok nak habis tapi rindu itu pasti,eh huhu. Walaupun hadiah tak banyak tapi terharu gila kot.. ada juga yang menghargai aku.. ada juga yang perasaan yang aku ini wujud, huhuhu

Yang paling surprise budak-budak ni raikan aku yang nak tamat praktikal ni. Terharu gile bab ni wehhh. Siap kasi hadiah.. ini buat aku sayang nak tinggalkan dorang ni, acewahhh.

Pandai gak budak-budak ni buat surprise. Si cika tetiba datang tempat aku.. aku ingat dia nak bergosip ke pastu siap cakap dengan pacek-pacek tu "pinjam Kak Sal kejap ea.." aku pon dok follow je budak ni masuk tandas. Motipppp sangat teman dia buang air -.- tak expect langsung kot ada surprise. Bengong punya Cika. Then balik dekat tempat duduk terkejut ehh... speechless kau tahu aku speechless. Baca si khalida punya ayat nak meleleh jugak air mata ni tapi aku cover sebab pacek-pacek tempat aku tengah cakap dengan aku.

Tengok laa muka panda ni sedih je. Mana aku tak sedih. Lagi satu kemain kerek si Khalid ni layan aku nak habis intern ni. Haihhhh geram gaklah rasa, huhu.

Alhamdulillah. Dorang belanja KFC dekat Ampang Park Mall. Dok makan borak borak gelak gelak bahan sana sini. Kelakar laa budak-budak ni. Lepak dengan dorang buat aku jadi diri sendiri weh tu yang aku suka tu. Wehhh korang kalau nak Lepak-lepak nanti ajaklah kak sal ni, InsyaAllah kite join aweks aweks ni semua. Sebab korang semua seronok. Aku suka kawan dengan korang, huhu.

Sayang korang wehhh
Rindu korang wehhh

Lepas makan jalan-jalan dekat Ampang mall tu. Pusing sana sini. Gelak sana sini. Dah puas Cika ajak lepak KLCC aku okay je cuma Nabila je laa tak dapat join. Cika nak beli aiskrim apatah khalida tak bagi sebab dia geli tengok bentuk aiskrim tu.. then kteorang pun lepak laa dekat DALKOMM. Harga dia pun terkeluaq halkum, hahaha takda laa.

Tadaaa mampu belanja ni je. Aku suka tengok orang gembira bila aku belanja, sejak bila laa perangai aku macam ni. Sejak dah besar mungkin. Dorang happy aku happy, huhuhu 

Masa nak balik dorang salam-salam peluk muah muahciked. Alaaaaa sedihnya. Thanks korang luangkan masa bersama. Lebih-lebih lagi Cika yang susah nak keluar, huhuhu. Terharu iolls huhuhu. Korang jaga diri, good luck, belajar elok-elok and all the best. Dah berjaya nanti jangan jadi sombong okay? Huhu. Ada rezeki ada jodoh kite jumpa lagi yee, jangan lupakan aku yaa. Muahciked huhu

Thanks for the gifts. Kite suka and hargai sangat. Sayang korang ketat-ketat. Jaga diri semua. Rindu-rindu laa Ioulls ni.. huhu. Babaii muahciked.

- Abell

Praktikal: Akhirnya!

Alhamdulillah. Akhirnya tamat sudah Latihan Industri aku dekat PNB. Perasaan? Bercampur baur. Gembira sebab dah habis. Sedih sebab aku tinggalkan adik adik aku, cewah. Baru je rapat dah kena berpisah hmmm. Sedih juga sebab nanti rindu suasana PNB. Aku tak habis explore lagi PNB. Yela, aku mana laa rapat dengan orang sebab aku ni pemalu hahaha.

Ini report untuk PNB, siap jugak akhirnya. Supervisor aku ni jenis straight susah gak laa nak kawtim tapi dia baik sangat. 

Ini farewell jumaat lepas. Masa ini Akmal last. So UTORD buat makan-makan sikit untuk kteorang betempat, aku man mal dengan jiha. Jiha 25hb depan baru dia habis praktikal.

Ini akak-akak dengan pacek dekat unit sijil. Dorang ni baik-baik. Kak Su yang peluk aku tu pelawak suka buat lawak, yang tengah tu kak shirazah garang tapi sebenarnya dia okay dia saja nak test aku gegerang tu, sebelah yang duduk tu kak Zatiah, belakang kak Zatiah tu Lin sama umur dengan aku, belakang tu kak siti dengan kak Fatimah. Yang sorang pacek tu encik Rosli. Encik Rosli ni PIBG sekolah aku, dia laa yang paling baik dengan aku. Bagus betul encik Rosli ni. Belakang baju putih tu boss, aummm hahaha.

Baju hijau tu encik Bathiar paling care dengan budak praktikal. Nak cakap dengan dia pon tak rasa takut cuma rasa segan je, huhuhu.

Hihi bos kasi hadiah, encik Kamarul. Yang baju biru tu HOD. Crush aku dengan Jiha. Jiha panggil abang Sham, Mwahahaha. Aku rasa encik Azuddin Sham paling segak dekat department tu.

Nabila, Arika, Khalida, Azreen, Jiha, Aisyah, Aku
Akmal, Rahman, Syafiq

I'm gonna miss you all, muahciked
- Abell

Friday, 14 August 2015

Praktikal : Latihan Industri VII "Jamuan Hari Raya UTO"

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 3 bulan. Dulu rasa lama sangat. Sekarang ni rasa sekejap je. Alhamdulillah lagi 2 minggu je lagi nak habis. Report tak siap lagi, hahahaha

Okay, last week PNB buat open house kan.. minggu ni department aku pulak yang buat jamuan hari raya hoho. Bahagia rasanya. Tiap-tiap minggu ada je makan free. Suka sangat lagi-lagi ada satay, huhu. Entahlah, sebab ada geng kot tu yang aku rasa seronok nak makan. Dulu takda geng nak makan tambah pun malu-malu. Kali ni tak lagi.. hohoho

Ni je mampu aku tayang. Maklumlah aku lupa nak tangkap gambar makanan dulu sebelum makan. Excited kott nak makan sodap and konyang hoii haha

Ini laa budak-budak praktikal yang duduk tingkat 8. Kau tengok ahh ramai kot kat atas, serius jealous kot aku. Aku sorang je tercampak tingkat 7 tapi takpa aku rasa bersyukur kot. Takpa laa bahagia tingkat 8, lagi bahagia aku sorang-sorang dekat bawah, hahahaha *sedapkan hati*

Buat kiri kanan aku ni sporting kadang kerek nak mampus, geram aku. Tapi takpa, dorang laa peneman aku dikala kesunyian acewah. Hero-hero dekat belakang, choose one! Haha

Belakang ; Azreen (UiTM), Aisyah (UiTM), kak Mid
Depan ; Sigendut, siComel, sibambam
Hahaha jangan maghahhhhh
Kak mid ni laa mama kesayangan Maman. Dia baik dengan kteorg jugak, teheee

Satay, laksa, lemang, kek SR, bihun sup, sup kambing, kuih, nasi apa tah dan lain-lain. Banyak wehhh makanan. Kenyang aku, Alhamdulillah.

Haaa, ini laa nasi dia. Nasi apa ek dia panggil? Hehehe

Okay laa, Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami yang gebus, geboomm, kedebabom!

Akmal 21hb ni habis dah. Aku dengan Rahman 29hb nanti. Warga-warga PNB abang, kakak, pacek, macek, pakwe, makwe, skandal, buah hati, peminat, sekalian jangan  rindu adik comel ni. Cuma kenang daku dalam doamu, hamboi. 

Haaa, lagi satu... jangan lupa bawa and bagi hadiah kat kite minggu last nanti. Kenang-kenangan yang boleh buat kite ingat kat awak-awak bila rindu, Apa? Nak bagi hati?  hahaha pom bole awaaa janji ikhlas. Apa? Nak jadi cinta hati? Hewhew itu cerita nanti-nanti. Jangan lupa pm number kah, merepek.

Okaylaa, adios.
- Abell

Wednesday, 12 August 2015

Petua : Ubat Semulajadi di Rumah II

Nah petua kesihatan untuk korang part II. Kalau rajin amalkan yee :)





Part I ada dekat sini
- Abell


Friday, 7 August 2015

Tutorial : Vscocam Filters Collection III

Continue part III pulak,











Ehh ada lagi ni..
Kalau korang nak partI dengan partII boleh tengok dekat situ
- Abell

Throwback : Bila nak dating lagi ni?

Last week, jumpa gengs swekk aku. Maklumlah dah dua bulan lebih tak jumpa.. dia punya rindu haishhh kalah rindu dekat boipreng. Sejak praktikal ni memang tak ada masa nak jumpa. Yela, sorang dekat Pahang, sorang dekat Shah Alam, sorang dekat Damansara, aku dengan Janah je dekat KL. Janah memang hari-harilah aku jumpa.

Janah, Zie mok, Aku, Mija teding


Aku dengan Janah dari tempat kerja terus fly naik KTM Padang Jawa. Apa lagi buah hati kesayangan hati beta datang ambek. Intan takda masa ni dia tengah otw terlepas flight, Mwahahaha flight sangat. Tempat pertama aku dengan Janah request Nasi Ayam Penyek aka Pecal Leleh Padang Jawa. Dekat sini ramai students tawww sambil makan sambil cuci mata, eh hahaha gurau je laa. Nak gurau pon tak boleh, heee

Rindu wehhh nak makan. Serius banyak memori pahit manis dekat sini, haha. Macam macam hal kteorg dah buat dekat sini. Nasib baiklah tak selalu pergi kalau tak orang dah boleh cam kteorang. Ayam dia sekarang kureng ahh dulu aku rasa sedap je makan sini. Sekarang ni biasa biasa je tapi kalau kau lapar and takda duit kau makan je sini.

Sebelah aku tu mok Intan. Orang cakap dia kembar aku tak pun kakak aku. Sakit hati giler kalau orang cakap muka kteorang sama, hahaha. Dia laa kawan yang selalu perang mulut dengan aku pastu bila dia kalah dia hempas pintu, hahaha kelakar bila ingat balik. Dia sampai malam. Dia pulak mengidam chicken chop Polperro. Alooooo shiannnnn. So, lepak dekat Polperro seksyen7. Sedap pun sedap. Banyak pon banyak. Kenyang pon kenyang, gittew hahaha.

Layankan aja sayang-sayang Ioulls

Lepak dengan kawan baru yang pemalu sangat-sangat, haha -.-

Dah kenyang makan. Apa lagi aktiviti dorang pergi iCity laa tempat dating kteorang, hahaha. Minah keding dah gian nak pergi sana, haha

Kalau si mok tan tu just follow je tapi tak nyanyi. Si keding mija dengan mok gie memang kaki karok laa tak tengok Janah punya gian pegang mic pulak, hahaha. Aku biasa-biasa je tak minat sangat karok ni. Kalau ada mood aku join kalau tak ada mood aku diam. Suara aku dah laa tak ada. Pecah terus suara aku nyanyi, hahahaha .

Haihhhhh rindu ahhh dengan korang.

Lepak haus melalak lepak mamak sampai 3 pagi. Intan gemok tu macam takda muet pulak kann join lepak, hahaha cian mokmok. Mamak Hakim yang selalu layan kteorg takda rindu pulak dekat mamak tu, hahaha. Lepas lepak kteorang pon balik rumah. Mija balik Damansara sebab dia nak bertunang, eh bukan bukan sebab dia ada kerja banyak nak kena buat sian baby, hahaha.

Ni dekat downtown, Janah nak repair jam abang kesayangan hahaha

Esok hari 1Ogos2015, Sabtu intan Muet. Then jumpa owner rumah nak settle kan pasal sewa rumah ni. Yelaa, last menetap bulan ni. Haihhhhh rindunya nanti. Then masa lunch aku jumpa abe, alaaa "kawan" aku orang Kelantan tu tapi kerja dekat sini. Ahhh malas cerita pasal dia sakit hati, hahaha. 

Then malam tu Janah sepatutnya dah balik tapi takda siapa nak hantar dia  kat rumah. So, memandangkan usop rindu dekat kteorang semua dia ajak jumpa. Apa lagi lepas isyak kteorang plan turun KL. Aku ni nama je orang KL, duk KL tapi aku tak pernah pergi Danau Kota. Danau Kota tu dia panggil uptown ke downtown ea? Aku dari dulu lagi tak reti nak bezakan, haha. Malam tu ucop bawa jalan sana. Seronok jugaklah tempat dia. Habihhhh duit aku wehhhh, hahaha. Best jalan dengan ucop ni.. dia beli makanan bukan untuk dia sorang tapi untuk kteorg sekali... awwww so sweet awaaaaa.. kalau budak ni baca kembang sebesen montot dia, hahahaha. Ucop beli makanan aku orang pertama rasa makanan tu, haha. Seriously, kuat betul  makan.

Sorry ucop gambar kau sipi sipi je at least ada laa dari takda enn, hee

Lepas pergi Danau Kota kteorang turun downtown / uptown Cheras. Dekat situ pon jalan jalan sambil makan kunyah kunyah. Lepas tu barulah hantar Janah balik rumah. Wuuuuuu berpecah dah. Rindunya. Then kteorg balik Shah Alam sebelum balik rumah aku, Intan, Gie and ucop lepak dataran Shah Alam ambil-ambil gambar pastu balik. Lepak-lepak kejap je. Wehh rindu jugak aku dekat dataran tu. Teringat kerja gila aku dengan korang semua, hahaha.

Btw, tenkiu ucop. Wehh ucop gambar mana gambar? Kalau tak boleh dah aku post gambar kita dekat blog ni, hihi.

Okayla, adios!
- Abell

Thursday, 6 August 2015

Praktikal : Latihan Industri VI "Jamuan Hari Raya PNB"

Alhamdulillah. Minggu ni banyak sangat makan free, rezeki Allah dari Allah. Tadi lunch dengan Kak Hamidah aka Kak Mid dengan rahman dan rizalman. Lunch tempat bukan tempat biasa aku lunch. Lunch dekat Restaurant Binjai rasanya, haha lupa laa. High class punya tempat aku kureng kalau tempat macam tu tapi orang nak belanja kannn makan saja laa.

Kali ni PNB buat jamuan raya dekat Hotel The Royale Chulan. Serabutgak fikir nak naik apa dengan siapa nak pergi tapi nasib baik ada Man. Naik laa kereta dia, Alhamdulillah nasib baik muat perempuan empat orang dekat belakang. Bole dikatakan kecik jugak aku ni sebab muat yang lain, hahahaha *perasan* 

Wehhh, nak cakap sedapnya makanan dekat situ sampai 1 jam lebih kitaorang makan. Lepas satu satu makanan kitaorang rasa, perghhhhhh kenyang. Lantak ahh buat muka tak malu je bukan ada abang-abang yang boleh di usha, hahahaha. Walaupun aku ni tengah sakit tekak tak ada suara tapi itu bukan halangan untuk aku makan banyak, Mwahahahaha

Wehhh, serius sedap. Nampak macam bughuk enn puding dia tapi umphhh! Kek moist dia pon sedap. Berkali-kali aku bangun ambek benda ni, haishhh. Kenyang memang kenyang tapi aku sumbat jugak sebab bukan selalu. Dan aku rasa aku sekarang ni kuat makan pulak.. emmm faktor nak period kot, hahahaha *motipppp kasi tahu*  tak sempat nak ambek makanan yang best-best sedap tak sabar nak makan sampai lupa nak ambil gambar makanan.  Apa lagi nak selfie masa makan. Masing-masing tengah selfish nak kenyang kan perut, hahaha gurau jaa jangan maghahhh naaa.
Nah belanja gambo, hihi

Budak sebelah aku ni seriously kuat makan. Aku suka tengok dia makan buat aku bertambah semangat nak makan. Dia dengan muka tak malu dia tambah sana sini.. haishhh aku apa lagi join sekaki laa sebab ada geng! Hahahaha. Aku perasaan dia kuat makan masa berbuka dengan dia lagi-lagi dekat Pizza Hut, terkejut jugak aku tapi aku suka sebab aku ada geng makan. Makan tak yah malu-malu kalau mulut penuh sangat ke, takyah nak kesah dengan pandangan orang, biar makan comot asal kenyang puas hati. Hahaha, jenis aku memang makan comot. Mestilah comot punya, dah tua pon comot hahaha.

Aku, Khalida, Nabila and Najiha

Nabila sorang je bukan budak praktikal tapi dia budak SL1M umur 24 tua setahun dari aku, Khalida umur 20 dan si Najiha 21 tua setahun dari Khalida. Cika masa ni dengan sugar daddy ehhh... gurau je heee

sebelah aku Abdul Rahman Akmal umur 20 nampak macam aku lagi muda dari dia kan, hahaha perasan! Tahu budak ni bising mulut dia potpet.

Layankan aje budak-budak ni swekkk aku kan muda lagi, hoho

muka Jiha paling ceria bila dah kenyang, haha
Bila aku naik department atas kemain pacek-pacek tegur. Hamboi sal berapa kali round ambek makanan. Punya sedap dia makan tak tengok orang langsung. Hahaha, malu gak aku. Aku tak perasan sangat dorang, yang aku tahu makan je, hihi.

Pacek Hj Rosli kat bawah pulak tegur, Sal makan tak ajak pacek pon pandang pon tak. Banyak betul Sal makan kann.. takpa next week ASNB pulak buat.. nanti kite makan free lg ea. 

Wahhh semua orang suka ajak aku makan, terharu betei. Hahaha. Boleh dikatakan sweet memory laa kalau bab makan ni, hihihi.

Okay, ini saja dari aku.
ADIOS
- Abell