Sunday 26 July 2015

Perempuan tak reti or pandai memasak?

Perempuan tak reti or pandai memasak? So? Menjadi satu masalah kalau nak jadi bini? Hey kemon. Lelaki sekarang nak perempuan perfect je. Kau orang dah cukup perfect dan sempurna ka nak perempuan pandai masak, kemas rumah, mengaji, ada knowledge and bla bla bla.

Yaa, semua orang nak perfect siapa yang taknak semua tu kan. Tapi kau kena ingat, perempuan ni banyak kelemahan dan kerenahnya. So, kau sebagai lelaki.. kau kenalah mendidik bini kau orang dari yang tak pandai memasak kepada pandai memasak. At least, dorang cuba juga dan rajin mencuba. Haha nasib korang laa kalau dapat bini ketegaq takmau dengar cakap kau.

Bagi aku yang ini fakta, fakta untuk aku je laa kot. Korang aku tak tahu laa, huhu.

Jujur aku cakap, aku seriously tak pandai masak. Alaa takat yang goreng2, campak2 tu aku boleh ahh. Lagi satu kehebatan aku adalah masak spaghetti hehew :3 hopefully bakal suami aku ni tekak matsalleh laa, hahaha. Aku percaya if one day nanti aku dah jadi bini orang, aku memang akan sendiri pandai masak. Aiceh pandai laa sangat.. haha. Takda laa, sebab mak aku pun masa muda macam aku laa juga tak pandai memasak. Tapi kau tengok laa sekarang sedap je masakan mak aku, hoho.

Mak aku ni jenis tak kisah aku tak masuk dapur. Dia cakap, nanti kalau aku dah kahwin pepandai la aku masak untuk laki aku adehhh ibu ibu. Aku pernah sekali sebelum raya tu potong daging nak buat rendang. Entahlah macam mana salah potong, terhiris jari sikit. Dia punya sakit entahlah boleh buat aku pengsan tetiba. Satu rumah terkejut tengok aku terlentang macam nak kena sawan -.- hahaha. Rupanya lahaiiii jari sikit je terpotong. Mulai saat itu la mak apak aku tak kisah aku tak masuk dapur, hoho. Manja kan aku? Hihi

So... ada tak lelaki camgini? Kalau ada aku on jaa, Mwahahahaha


Ada tak ciri-ciri lelaki macam gini? Kalau ada meh cepat-cepat isi borang. Mana laa taw borang habihhh kang.. melepas laa nanti, hahaha.

- Abell





No comments:

Post a Comment