Saturday, 30 May 2015

Good Bye MAY!



Bulan yang banyak pahit manisnya. Hopefully, next month bertambah manisnya. Lagi-lagi bulan puasa 😊

Last sem : Rezeki

Alhamdulillah. Result kali ini makin menaik. Untuk kali pertama aku dapat "Dean List" haha dah nak last sem baru nak merasa. Perasaan aku? Bersyukur dan gembira tapi entahlah perasaan tu biasa je. Tak rasa macam nak share pon cerita ni atau nak heboh-hebohkan. Tapi aku dah hebohkan dekat blog. Lantak laa siapa yang baca je tahu.

Berkat doa makbapak aku jugak laa doakan aku. Paling berterima kasih dekat lecturer yang banyak membantu. Ya, aku tak hebat macam orang lain. Aku ni pemalas dan pelupa tapi dah tahu diri sendiri pelupa.. lagi malas nak belajar baca buku hafal ke, haihhh memang bukan aku laa.
Aku rasa rezeki aku, dapat dekan tu pon nasib je. Aku tahu tu. Kalau nak dibandingkan dengan usaha aku tu, aku tak layak kot. Aku malas nak update status bagai ni, aku takmau kawan-kawan aku down, sedih. Aku pernah rasa macam dorang rasa. Perasaan kau bila kawan kau lagi berjaya dari kau. Memang la kau happy kau kau hebat, pandai, dekan tapi tipu laa kalau tak sedih enn.. takpa laa thinks positive laa sayang ea :) 
Kalau bukan rezeki kau masa belajar dapat dekan ke apa ke maybe masa kerja kau atau kehidupan akan datang kau akan lebih berjaya dari budak-budak dekan, maybe. Hidup kite, rezeki kite Allah saja yang tahu. Kite mampu berusaha, berdoa dan bertawakal je untuk terus berjaya. Rezeki kite, kite tak tahu. Jangan berlagak nanti Allah tarik. Dia tak tarik sekarang tapi dia akan tarik perlahan-perlahan...

Kepada kawan-kawan aku:

Korang jangan down atau sedih. Korang bukan tak pandai dan kite bukannya tak pandai tapi itulah orang cakap rezeki kite bukan sekarang mungkin akan datang. Sentiasa positif okay kengkawan. Tak hebat mana pon aku tanpa korang. Seriously, aku rindu korang. Baru 2 minggu rasa rindu dia lain maciam, hahaha. Tak tahu kenapa aku emo semacam nak period kot. Aku rindu zaman belajar dengan korang, arghhh. Rindu tanda sayang, yeah mungkin aku dah sayang korang. Mwahahahaha come on bangga laa sikit kawan kau yang kuat membebel, kuat marah, kuat menjerit rindu and sayang korang, hahaha. Korang jaga diri okay, kahwin jangan lupa jemput okay?! Aku kahwin korang wajib datang, haha. Aku harap jodoh kite panjang, Amennn.

Kepada TUHAN yang SATU:

Ya Allah, jangan jadikan aku seorang manusia yang sombong dan lupa diri. Jadikan aku seorang hambamu yang rendah diri dan tidak bongkak apabila aku sudah berjaya suatu hari nanti. Ya Allah, jadikan aku seorang hambamu yang kuat dan gagah untuk menjaga dan melindungi diriku dan keluargaku nanti. Jadikan aku seorang yang akan hormat menghormati orang lain walaupun rendah mahupun tinggi mana pangkatku nanti. Terima kasih atas rezeki yang kau berikan :)
 - Abell


Review : Veet (Hair Removal Cream)

Hari ni aku nak buat review pasal hair removal. Oh yaa, ini first review saja je nak review. Benda ni dah lama tapi aku baru tahu cara nak gunanya. Masa tu jumpa Qila, dia dok cite pasal "buang bulu" ni.. dia dok kata dengan aku makcik dia guna terbaik katanya. Kalau nak rasa macam kulit baby tu try guna Veet ni menjadi, hahaha.

Maaflah review ni macam dewasa sikit enn, dah dewasakan awak semua? Mesti ada "bulu" punya, hahaha. Jangan fikir bukan-bukan okay. Bulu kaki, bulu roma haaaa banyak jenis bulu ada jangan ulat bulu sudah, eh. 

Actually, takda laa macam kulit baby tu tapi seriously licin kot. Hair removal yang tak akan buat kau rasa sakit. Selama ni aku guna pencukur biasa je, haha. Bulu tak habis tarik rasa tajam-tajam je lagi, haha. Tapi lepas ni aku akan gunakan Veet je, hehew licin kawww. Mwahahahaha


Aku pilih yang sensitive. Actually kulit aku takda laa sensitive aku dok dengar Qila cakap better pilih sensitive mana tahu kulit kite ni sensitive pulok, haha. Dan sebelum ni jugak housemate aku pernah try pastu dia cakap tak jadi dan aku tahu kenapa tak jadi? Sebab dia salah pakai.

Rupanya dia ada cara gunanya. 

1. Kalau ikut aku bersihkan tempat kau nak buang bulu tu. Aku basuh dan lap dan keringkan.
2. Lepas rasa kering. Aku sapu cream dia dengan penyodok yang dia dah sediakan dalam kotak tu. Sapu cream tu dekat bulu-bulu kau tu, haha (gelak pulak).
3. Lepas dah sapu keringkan, tunggu dalam 5 6 minit maximum 10 minit and then ambil penyodok dia sodok kawasan yang kau sapu cream tu. Kalau boleh arah lawan kau sodok bulu kau, haha.
4. Bersihkan dengan air, then tengok tempat yang kau nak buang bulu tu. Licinkan? Dan tak sakitkan? Haha

haa inilah penyodok dia yang aku cakap tu, hehe

Smooth and hairless laa kannn lepas ni, pasti lepas ni rasa bersih, yakin dan selesa hohoho

Oh yaa, kalau cukur bulu kaki semata-mata nak menunjuk-nunjuk anggota badan kau tu takyahlah. Cukuplah untuk diri sendiri dan suami, aiceh suami pon takda lagi. Huhu kbaii.

Itu saja review dari aku.

- Abell

Friday, 29 May 2015

Praktikal : Latihan Industri III

Hai Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah minggu kedua aku praktikal di PNB. So far so good, haha itu je yang mampu aku kata. Entahlah dah rezeki aku kot kat sini hadamkan saja. Aku diletakan di Unit Trust Operation (UTO). Under UTO ada banyak section. 5 section tak silap aku tapi dorang just bagi aku 2 section je nanti. Sekarang ni aku dekat section "pembahagian harta pusaka" dalam setengah bulan aku ditempatkan disini. Lagi one month and half aku akan diletakkan dekat Hibah tempat man. So aku bertukar dengan man.

Aku dengan Man satu department. Janah account department. Walaupun account tu nampak macam "wow menakutkan" bagi aku department aku lagi menakutkan. Setiap budak praktikal kat department aku kena buat presentation about book review and improvement for our department. Bapak ahhh mati kena present dekat 5 orang bos. Ah belum masuk lecturer aku nanti, bapak ahh. All in english, susah weh nak translate kan malay ke english. Kat tempat aku ni semua kerja in bahasa. How can laa kann aku nak translate kan. Masak aku masak. Aku ni dah laa paling pemalas baca buku, what theeee laa kan.

Sepanjang aku dekat tempat kerja ni aku jadi baik sangat. Apa orang suruh buat aku buat, tanpa sebarang bantahan. Dan sampai semua orang cakap aku rajin, lembut, baik perghhhh melambung pujian aku dapat. Tapi seriously aku tak harapkan pujian tu. Aku harap dorang percaya dengan aku, percaya yang aku boleh buat kerja apa yang dia suruh, dan aku harap aku tak buat banyak silap dekat tempat ni. Hopefully zero mistake laa kan tapi kite ni manusia biasa tak sempurna. Ermmm.. tapi tak mustahilkan nak dapatkan zero mistake tu?

InsyaAllah banyak mana kerja aku, susah mana kerja aku, penat mana kerja aku.. aku cuba untuk ikhlaskan diri aku untuk bekerja. Fighting! Bak kata Gegemal dan kengkawan lain cakap 3 bulan tu tak lama, aku cuba hadamkan kata-kata mereka hahaha. Gegemal ada cakap.. suka tak suka aku kena hadap jugak buat apa nak takut. Betul jugak kata budak kecik tu. Nak buat apa aku takut sebab benda tu memang aku kena buatkan. Thanks Gegemal membantu jugak kata-kata kau budak kecik! hahaha

Orang boleh kata "eleh, kejap je weh dah 3 bulan" "eleh, standard ahh kata kerja kan" kau cakap memang laa senang. Environment tempat kau lain kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku corporate company, GLC, main dengan angka, bukan boleh suka-suka, bukan senang2 kau boleh buat silap. Kau jangan nak bandingkan environment tempat kerja kau dengan aku. Kau sambil kerja boleh syok gelak gelak, main fon, orang sekeliling kau pon okay boleh laa kau rasa seronok enn,.. Kau rasa tempat aku dulu baru kau boleh cakap cenggitu, okay? kau bandingkan lagi aku tumbok kau! hahahaha

Demi nak dapatkan keputusan sem ni yang terbaik.. aku kena menurut perintah. Yeah, dalam kerja mana boleh nak main-main. Time kerja, kerja. Time main gelak gelak kau gelak jangan lupa kerja sudeh. Suka hati korang laa kan nak cakap apa pasal aku, tak kisah. Lain orang lain pendapat :)

Gambar tak bape nak berkualiti sebab gelap. Jujur aku cakap aku takot nak main fon dekat tempat kerja. Aku free masa rehat and lepas balik tapi jangan harap sangat aku nak reply segala komen or masej korang, aku penat laa tolonglah faham ek. Terima Kasih awok ;)
- Abell

Sunday, 17 May 2015

Puisi : Tujuh Belas

#Bayanganmu

Sungguh aku membenci diriku
Disaat aku ingin melupakanmu
Mengapa mesti aku terlihat bayanganmu
Sungguh ia mengganggu diriku
Asyik teringatkan kamu
Yang wujud dalam ruang dimensiku

- Abell
@pwincessabell

Puisi : Enam Belas

#Bermimpi

Semalam aku tidur lena sekali
Walaupun sakit disiang hari
Aku check handphone berkali-kali
Agar aku tidak perasan lagi

Eh, kau wasep aku pagi-pagi
Nak kata mimpi ke realiti
AKu pon tak pasti
Tapi aku rasa bahagia sekali

Dan bila aku bangun pagi
Aku cuba check handphone sekali lagi
Eh, kosong je ni
Aku ni betul ke tak ni

Fikir sekali lagi
Laa rupanya aku bermimpi
Mimpi daa bukan realiti
Sakitnya hati
Dalam mimpi pon boleh syok sendiri
Boleh tak jangan muncul lagi
Walaupun dalam mimpi
Aku tak mahu ingat kau lagi

-  Abell
@pwincessabell

Puisi : Lima Belas

#Bolehkan?

Bolehkan aku pergi?
Aku bukan ada gunanya lagi
Aku saja yang tak sedar diri
Mengharap pada engkau yang tak pasti
Berangan sampai ke mimpi
Tak sedar dengan realiti
Yang hati kau dah lama pun mati

Jangan cari aku lagi
Jangan muncul kembali
Jangan bagi aku harapan lagi
Jangan buat aku rasa tak sedar diri
Biarlah aku pergi
Biar tiada rasa sedih ini lagi
Untuk kali ini

Tapi
Sekali lagi
Bolehkan aku pergi?

Cis, cilaka punya hati
Kalau kau mati
Bukannya dia peduli
Sudahlah sedarlah diri
Bangkit semangat duhai hati

- Abell
@pwincessabell

Puisi : Empat Belas

#Sendiri

Belajar sendiri
Tak perlu simpati
Berjalan sendiri
Teguh berani
Untuk sendiri
Cekal berdiri
Membawa erti
Diri ini
Seorang diri

- Abell
@pwincessabell

Puisi : Tiga Belas

#Tak sempurna

Aku memang tak sempurna
Maafkan aku buat kau terluka
Aku buat kerna aku terpaksa
Jika inilah takdirnya harap kau terima

Terima kasih atas peluang kau beri
Terima kasih sebab pernah terima hati ini
Walaupun hati ini ini tidak begitu pasti
Kau tetap yakinkan aku untuk terima hati ini

Maafkan aku buat kau begitu
Kalau jodoh pasti ketemu
Jagalah diri dan keluargamu
Suatu hari pasti bahagia bertemumu

Meskipun begitu
Aku tetap bersedih denganmu
Kerna aku tahu rasa itu
Mungkin menyakitkan hatimu

- Abell
@pwincessabell

#menjadi terakhir

Bagi aku. Baik jadi yang terakhir daripada jadi yang pertama.
Sebab yang pertama dan terakhir, rasanya tak sama.

Pertama mungkin mengecewakan. Terakhir mungkin membahagiakan, mungkin.
Tapi ini semua terpulang pada individu itu sendiri. Dimana kau tempatkan sesorang itu dekat hati kau.

Bila yang pertama menjadi harapan utama; kau mungkin terlupa yang terakhir.
Sebab yang pertama tak mungkin akan jadi yang terakhir. Dan mungkin yang terakhir akan menggantikan tempat yang pertama selamanya, mungkin.

Aku cakap semua ini "MUNGKIN" tapi kalau dah memang jodoh bersama itulah munkin dah memang takdir kau. Kalau kau tak nak diri kau terus dikecewakan.

Letakan TUHAN yang satu dihati kau dahulu baru fikirkan yang lain.
Usaha, doa dan tawakal

Kalau kau dah usaha, doa dan tawakal tapi masih terus dikecewakan dan disakiti.
Bersabarlah. Yakinlah dengan perancanganNYA. Pasti ada hikmah dan ganjaran untuk kau nanti.
Percayalah.

- Abell
@pwincessabell


Puisi : Dua belas

#Mohon

Mohon kau bahagia dengan kehidupan yang kini tanpa aku disisi
Pergilah kau membawa diri dari aku yang tak menghargai
Maaf kerna aku tak sudi menjadi temanmu lagi

Kali ni #Ahmad pun telah mempersetujui untuk menarik diri dan pergi. Ahmad, saya mintak maaf yee awak. Saya tahu awak tak patut maafkan saya tapi benda ni untuk kebaikan awak dan saya juga. Saya harap awak dapat move on dan carilah pengganti saya yang boleh terima awak dan menghargai awak. Awak maaf.
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Sebelas

#Menghargai

Kadang-kadang benci diri sendiri
Sendiri yang tak reti nak menghargai
Hargai apa yang telah di beri
Di beri peluang yang takkan mungkin ada lagi

Ahh persetankan semua itu

Aku tidak layak dengan peluang itu
Biarkan masa berlalu untuk memberi ruang waktu
Waktu kau mencari sesuatu
Sesuatu yang lebih menghargai kau dan waktu
Bukan manusia seperti aku

Marahlah aku
Bencilah aku
Aku memang layak diperkatakan sebegitu
Biarlah aku mereput dan kenangan itu

Orang cakap kau patut bersyukur dengan apa yang kau dapat. Aku memang bersyukur tapi aku tak reti nak menghargai. Orang cakap dekat aku kau patut bersyukur sebab ada manusia yang boleh terima kau seadanya tapi aku tak bersyukur dengan itu. Entahlah kenapa begitu aku pun tak tahu, kecian Ahmad. Maaf awak :(
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Sepuluh

#Dulu sekarang lain

Ye dulu aku gelakkan kau
Ye dulu aku juga ketawakan kau
Ye dulu..

Dulu
Aku macam tu sebab aku tak faham lagi apa yang kau pernah rasakan dahulu
Dahulu aku bukan ditempat kau
Dahulu aku tak faham situasi kau
Dahulu aku alpa ada yang memerhatikan aku

Ya, tapi itu semua dulu

Sekarang
Aku mula faham dan rasa apa kau rasa
Sebab aku dah terkena
Ini bukan karma tapi ini satu petanda
Petanda supaya aku sedar ada yang melihat sikapku didunia

- Abell
@pwincessabell

Puisi : Sembilan

#Langit

Langit tak cerah awan tak mendung
Berat mata saya memandang
Berat lagi bahu awak yang menangung

Tiada kata yang mampu diungkap
Melainkan tadahkan tangan lafazkan doa' agar Tuhan mendengar

Sayang, tabah dan sabarlah dikau ketika ujian menimpamu
Kerna tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hatimu

"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudakanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnkan dengan kebaikan

Puisi ni khas untuk mangsa-magsa banjir yang dekat Kelantan tu. Tapi dan sebenarnya untuk exboipren aku nama #Ahmad. Masa tu Kelantan memang banjir teruk, kesian jugaklah aku dengar cerita dia. Dia je laa rasa aku tak rasa tapi tu laa aku ni tak mampu nak cakap apa-apa yang aku tahu cakap "Sabarlah awak, Allah buat semua ni pasti ada hikmahnya". Aku tak habis-habis dengan sabar sabar sabar dan sabar. Sedihlah jugak. Aku mampu berdoa dan bagi sumbangan duit je ikut kemampuan aku itu dah kira okay laa tu kan. 

Masa ni aku dengan Ahmad lost contact kejap. Then dia contact aku balik. Masa ni dia bersyukur sebab aku masih ada dengan dia means tak hilang dan mereput macam tu je, haha. Gila, takkan laa aku nak tinggalkan orang masa dia tengah susah ennn.. tak baik kaw! Masa ni aku just macam support dia dengan kata-kata semangat.

Kawan aku cakap masa Kelantan banjir teruk tu.

"Kenapa kau tak call dia ke? contact dia ke?" Aku mampu jawab "wei, aku mana pandai nak call-call orang ni. Aku mana laa reti bercinta ngek. Tak pandai aku nak cakap call call orang ni" Boleh pulak kawan aku cakap aku sengal.

Seriously aku cakap. Aku tak pandai nak bercinta and jadi sweet sangat ni. Sweet sikit-sikit tu boleh laa. Kalau nak suruh call tanya kabar tu emm bukan style aku laa kot. Problem sikit kalau nak bercinta dengan aku ni, hahaha. 

Pada masa itu... malang sungguh nasib Ahmad kuikuikui
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Lapan

#senyum

Senyum selagi boleh
Senyum selagi ada kegembiraan
Senyum selagi ada yang memerlukan senyuman kita
Jadi, senyumlah sedikit walaupun ada tercalit kedukaan

:)
- Abell
@pwincessabell

Sunday, 10 May 2015

#Give

Kau pernah cakap dekat aku "What you GIVE, you GET back". Memang selalu kau tegaskan "quote" itu dekat aku. Sedikit pun aku tak takut sebab aku tahu apa yang aku buat, aku tahu kau dengan aku macam mana so buat apa aku nak takutkan?

Nak jadikan cerita...

Kau makin menyepi dan makin menghilang. Kau sedar tak apa yang kau tegaskan dahulu? Setiap hari aku tertanya-tanya. Kau muncul dan bawa sebuah berita. Berita sedih. Memang Sedih untuk aku terima tapi aku telankan saja.

Aku teruskan dengan cerita baru aku. Tapi kau masih "stuck" disitu. Mungkin dulu kau tersalah sampaikan berita ittu atau mungkin kau tak sedar cara penyampaian kau itu salah atau mungkin jug kau tahu cara kau salah dan tak tahu bagaimana nak memperbetulkan berita tu.

Tapi tak mengapa. Benda sudah pun berlalu dan biarkan ia berlalu. Usah dikenang kisah dahulu. Jangan salahkan diri sendiri dan jangan sekali salahkan orang lain. Pengajaran cerita ini, jangan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan. Kalau tahu ada silapnya, betulkan cepat-cepat. Agar tidak menyesal dikemudian hari yee. 

Haa lagi satu, kalau dah takda jodoh nak buat guano lagi? Tapi kalau ada jodoh tak kemana kan?

--------------------

Actually, aku yang tak move on dan masih stuck disitu. Damnnnn
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Tujuh

 Manusia tanpa muka takpa
Jangan manusi bertalam dua
Manusia bertalam dua adalah durjana
Durjana yang memecah belahkan manusia
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Enam

#Bukan Kawan

Dulu kau kasi aku harapan, aku jadi suka
Kini suka itu makin hilang dan menjadi duka
Aku bukan tak sudi menjadi "kawan" yang kau inginkan
Aku cuma kecewa dengan harapan yang kau berikan

Dulu langit aku mendung ditemani titik air hujan tanpa pelangi
Kini harapan makin bersiniar sejak muncul pelangi
Hati aku mula ditumbuhi taman-taman yang indah
Aku harap ini bukan harapan dongengan mimpi belaka

Tak senonohkan gambar aku ni. Lagi-lagi budak nama #Ahmad yang editkan. Handsome jugak dia editkan gambar aku, hahaha. Memang nasib Ahmad laa dapat makwe macam aku. Hantar gambar tak pernah nak senonoh. Lubang hidung jugak aku kasi, kehkehkeh.

Masa ni aku dengan Ahmad masih dalam mood happy dan aku cuba untuk terima dia dan sayang dia seadanya. Cumaaaaa benda ini take time sikit laa awak. 

to be continue,,,
- Abell
@pwincess

#Ahmad


Boy is your name AHMAD?
Cause I AHMAD terpikat dengan you

Apa punya pickupline aku guna. Habis semua orang nama ahmad cair dengan aku, mwahaha. Masa ini konon-konon aku dah bole move on laa tinggal sisa baki sikit-sikit. Yang bangangnya, aku terima budak nama AHMAD ni dalam relationship aku. Dia baik orangnya, cuma aku je jahat sikit. Sikit je laa. Seriusly, dengan dia aku banyak gaduh.. eh, bukan dia je aku gaduh dengan semua orang aku suka gaduh, hahaha. Entahlah masa tu kepala aku ni keras semacam je dengan dia. Sebab baru lagi kot tu yang suka cari pasal tu, hahaha. Lagi pun aku dengan dia dalam proses perkenalan. 

Aku layan budak yang buat sakit hati aku tu acuh tak acuh je. Padan muka! Tahu pun langit tu tinggi ke rendah, kahkahkah! Aku happy gila sebab dapat buat dia sakit hati. Nak tinggalkan aku sangat kannn.. 
- Abell
@pwincessabell 

Puisi : Lima

#Sepi

Hai awak yang jauh dimata tapi masih tiada dihati
Tolong penuhi ruang kosong dihati ini
Seperti bangku kosong dibelakang yang sepi

Masa ini aku acah-acah nak move on laa sangat. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Perasaan masa tu adalah perasaan yang paling celaka yang aku rasa. Masa ni aku betul-betul rasa sepi sampai semua orang aku layan tapi sikit pun aku tak letak perasaan. Entahlah.
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Empat

#Terima Kasih

Terima kasih kerna pernah hadir dalam hidupku
Meskipun kau telah mengecewakanku
Tapi tak mengapa
Ini semua pasti ada hikmahnya
Kesilapanmu mungkin akan ku terima
Tetapi kenangan bersamamu tidak akan ku lupa
Terima kasih kerna pernah hadir buat seketika
Walaupun kita tidak mungkin menjadi teman biasa

Dan puisi ni masa aku tengah down gila. Rasa diri ni memang kena dump je. Masa ni jugak aku rasa aku ni ngok ngek kepala kemek. Entah macam mana, aku dengan dia ada perselisihan faham dan aku buat-buat faham. Konon-konon aku ni boleh terima semua tu tapi sebenarnya tak. Sikit pun aku tak rasa macam tu. Aku betul-betul benci dia masa tu. Masa tu je laa, hahaha. typical girlsss betul laa aku ni.
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Tiga

#Sibuk

Sesibuk mana pun kau
Kau masih ada masa untuk aku

Sesibuk mana pun kau
Kau masih ada masa untuk cakap yang kau rindu

Sesibuk mana pun kau
Aku tahu sayang kau dekat aku tak pernah layu

Akhir kata aku pada kau
Ailebiu


Masa ini aku tengh fall in love betei dengan dia kau tahu. Masa tu dia sangat busy. Dengan kakak dia nak kahwin laa apa laa tapi dia still akan cari aku. Tu yang aku suka tu yang rasa sayang sangat, hahaha sayang? Gelikan? Entah macam mana aku boleh mengaku yang aku sayang, hahaha. Kbaii maluuuuu
- Abell
@pwincessabell

Puisi : Dua

#Pegang Erat

Suatu hari kau akan memegang erat tangan ini 
Dan memimpinnya untuk menuju ke Jannah bersama denganku. 
In sha Allah. 

Jaga hati ini. 
Jaga hubungan ini.
Agar diredhaiNYA. 


Aicehh.
- Abell
@pwincessabell


Puisi : Satu

#Maaf
Maafkan aku kerna aku sering mengecewakan kau. Maafkan aku kerna aku sering buat kau terluka.Maafkan aku kerna aku tak sempurna. 
Maafkan aku.
Kerna sayang aku terpaksa lepaskan kau pergi bersama yang lain
Ini hasil penulisan puisi pertama aku. Aku post dekat instagram then connect dengan FB, entahlah aku pun tak tahu laa macam mana aku boleh terjebak nak create #puisihati sendiri. Dengan puisi aku dapat luahkan perasaan aku secara senyap dan halus. Hanya orang yang faham sahaja yang faham apa yang aku sampaikan dan apa yang aku maksudkan. Puisi ni ibarat hati aku pada masa itu. 

Kekadang terasa jiwa ni sentimental betul laa. Puisi-puisi ni datang bila mood aku lain "macam" haha. Kekadang ia datang masa pepagi buta orang lain dok berdengkur aku dok menaip kata. Entahlah, feel pepagi buta ni macam maciammm laaa.

Sejak umur dah dupuloh something ni, feel ni kemain lentok je. Kalah Ella punya lentok taww, Hahaha. Dan sekarang ni acah-acah nak buat puisi sendiri. Aku nak kumpul semua puisi-puisi aku. Bukan untuk orang lain baca pun tapi untuk diri sendiri. Masa tulis puisi tu tak terasa jiwang. Bila esok-esok tu baca balik, alahaiii jiwangnya aku. Mencik taww.

Dan aku ada satu instagram. Dimana disitu aku akan follow semua sang puisi-puisi terhebat. Kekadang ayat puisi dorang tu makan dalam. Boleh buat aku rasa terharu sampai nak nanges pon hadooo, over kaww Minah. Hahaha

Rajin follow laa instagram aku yang tu
@pwincessabell
- Abell

Saturday, 9 May 2015

Praktikal : Latihan Industri II

Lagi berapa seminggu je lagi masa untuk aku buat keputusan untuk tempat praktikal aku. Sebenarnya, tarikh akhir hantar blue form dekat BRIC Unisel esok, iaitu Isnin. Omaigaddd, surat confirmation aku tak dapat lagi. Aku tengah tunggu surat dari PNB ni haa. Dia cakap nak pos surat tu tapi tak pos-pos. Janah je dapat surat dari dorang.

Tapi PNB dah janji memang nak ambek aku, Janah dengan Rahman untuk praktikal dekat tempat dorang tu nanti. Yang aku tahu yang mintak PNB aku, Janah dengan Rahman. Hopefully, ada laa rezeki aku dengan Rahman ni praktikal dekat sini. Senang kalau satu tempat ni. Lagi-lagi kteorang rapat. Haihhh, tapi aku still risaulah. Yela, bila dia nak sign surat kteorang ni. Sedih taw. Tamo laa extend sakit hati ittew :(

Ramai jugaklah yang risaukan aku ni. Alahaiii, janganlah risau. Lagi ramai orang risau lagi laa aku gusar haiyaaaa. InsyaAllah dapat. Korang doakan laa ek, moga-moga PNB tolong aku. Aminnnn

Nasib baiklah encik Hafiz coordinator kteorang kasi sampai Khamis ni. Ni khas untuk kteorang bertiga sahaja, hahaha. Harhhh, kemon laa PNB aku berharap dekat kau sorang je ni. Plishhhhhh. Masalah praktikal ni buat aku tak mahu habis final exam awal. Yela, lepas final kena terus praktikal. Masalahnya tempatttt dia aku tak dapat lagi, Ya Allah tolonglah aku. Hmmm
- Abell