Saturday, 18 April 2015

Tips : Kecilkan Peha : 30 Days Squat Challenge

Hi

Sekarang ini ramai gadis-gadis gilakan "thigh gap" and yeah aku diantara gadis-gadis itu, hahaha. Boleh dikatakan trend sekaranglah. Memandangkan aku rasa diri aku dah gemuk dan lemak-lemak banyak dah berkumpul. So, aku workout dalam rumah je. Aku memang tak ada masa nak jogging and workout dekat luar sebab aku jenis yang malas nak keluar rumah, haha. Kalau nak keluar rumah aku perlukan teman, so mengade-ngade kan? Hee

Memang first try, kau akan sakit-sakit badan dan kaki. Tapi nak taknak kau kena teruskan juga. Bak kata omputeh "No PAIN, No GAIN" Haha. Percayalah sakit tu sekejap je, dua tiga hari lepas tu kau dah okay. Aku memula tu perghhh nak mencangkung pon seksa wehhh tapi lelama okay dah. 

Sekarang aku DAY 15 dalam squat challenge. Korang bila lagi nak mula? hihi

30 DAYS SQUAT CHALLENGE

Mula-mula aku ingat squat ni just untuk kecilkan peha je. Rupanya dia berfungsi untuk bentukkan dan bulatkan bontot opsss means punggung, hikhik. Lantaklah, aku teruskan jugak.

30 LUNGES
Ni minimum 30 kali je buat tapi kekadang aku tak buat. Kalau aku rajin tak penat baru aku buat yang ni aku tak buat sangat. Aku focus dekat squat je, hihi Lepas tu aku buat 50 second wall sit
Fuhhh, first time buat hari tu terketaq kepala lutut nak tahan 50 saat. 10 saat pon belum tentu mampu. Tapi bila dah hari-hari aku buat. Aku mampu tahan lebih dari 50 ke 60 saat. Well, nak cantek bukan senang kena ada usaha, yedak? 

Aku baru 15 hari perubahan tu tak nampak lagi kott. Cuma rasa lain je kaki ni tu je laa buat masa ni. Lepas dah tamat challenge ni nanti aku nak sambung challenge untuk plank challenge pulak, InsyaAllah tengoklah ada masa ke tidok :P Hekhek

Nak cantik kena ada usaha. Nak cantik juga kenalah rajin. Kalau malas-malas memang tak dapat lerr macek nak tolong, hikhik

credit: namee
- Abell