Saturday 7 March 2015

Praktikal: Latihan Industri

Cakap pasal Latihan Industri (LI) ni sedar tak sedar tinggal lagi 2 bulan je lagi aku nak cari tempat praktikal. Resume dah siap. Cover letter pon dah siap. Tinggal nak call, tanya and apply. Tempat aku dah senaraikan mana nak praktikal tapi kan... malas pula nak call and tanya. Kalau nak emailkan tu tak ada masalah untuk aku.

Kalau bolehkan, tempat praktikal ni aku nak yang dekat KL. Dan yang paling best kalau dia dekat area rumah aku dekat Cheras. Bagi aku KL ni senang sikit dari Shah Alam. Yela, Shah Alam public transport dia tak macam dekat KL then aku tak berapa pandai sangat tempat-tempat kat Shah Alam tu walaupun aku dah study dekat sana hampir 3 Tahun, haha. Aku memang macam ni susah nak hafal tempat. 

Hmm, nak taknak next week kena juga paksa diri cari and call tempat untuk praktikal. Alangkah bagus kalau tempat praktikal aku sama dengan kengkawan aku yang lain, huwaaaa :'(

Tahu tak mana-mana tempat yang sesuai untuk aku buat Praktikal?

Salam Tuan/Puan,
Saya Salsabilah Binti Mashuri. Pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan. Pelajar tahun akhir di Universiti Selangor (UNISEL) Ingin mengisi kekosongan untuk membuat Praktikal di tempat Tuan/Puan pada 18 Mei - 29 Ogos 2015 selama 15 minggu.  Jika terdapat kekosongan bolehkah saya mengisi kekosongan tersebut?
Saya sertakan resume saya dan maklumat yang berkaitan.
Terima Kasih.
Salsabilah Mashuri


Nampaknya kena merayu macam gini laa. Yela, rezeki bukan datang bergolek. Kena usaha juga kan? Lagi 2 bulan je Salsabilah hoii. Cepat laa cari tempat praktikal weh kalau tidak merangkak laa kau.

- Abell

No comments:

Post a Comment