Sunday, 25 January 2015

Perasaan : "Entahlah"

Aku yang putuskan. Jadi aku tak akan pernah salahkan sesiapa yang hadir dalam hidup aku. Aku tahu semua permasalahan ini terjadi disebabkan aku. Semuanya salah aku. Ya, memang salah aku. Aku yang tak faham diri sendiri. Aku yang terlalu terburu-buru. Aku yang tak faham kau. Entahlah, aku rasa aku buat semua ni untuk kau. Aku tak nak buat kau seperti tunggul. Kau manusia, kau punya perasaan. Disebabkan itu aku putuskan kau.

Disebabkan itu, aku tak nak buat kau tunggu aku. Mungkin ada harapan antara kau dan aku tapi aku tak sanggup nak buat kau tunggu aku terlalu lama. Aku tahu kau dah bagi masa dekat terlalu banyak untuk aku untuk berusaha terima kau. Entahlah, aku tak nak kau bazirkan masa kau dengan aku. Dengan aku yang sukar difahami. Kau pernah cakap "kalau tak sayang kenapa terasa?" Tipu laa kalau tak ada sedikit pon rasa sayangkan? Sayang tu ada tapi entahlah.
Saya tak nak sakitkan awak. Sebab tu saya buat macam ni. Maaf. Saya nampak awak memang dah berusaha pertahankan. Saya nampak ketabahan awak tunggu saya dan terima saya tapi entahlah awak.
Tu laa aku. Dah ada yang baik tak pandai nak hargai. Lagi-lagi kau. Aku tahu lepas ni mesti dah takda peluang untuk aku lagi. Jenis aku, aku tetap akan mendiamkan diri walaupun hati aku masih mencari kau. 






Saturday, 24 January 2015

Perasaan : "Murah"

"Kejujuran adalah harta yang bernilai, janganlah diberi kepada orang yang "murah" - HH (25th Jan 2015, 4.26 a.m)

"Murah"
Aku tahu kau marah aku. Aku tahu kau mesti benci aku. Takpa aku tahu salah aku. Aku memang tak layak untuk kau. Aku tak reti nak hargai kau. Aku sepatutnya rasa bersyukur sebab kau dah boleh terima kurangnya aku. Aku sepatutnya bersyukur sebab kau boleh terima family aku. Aku sepatutnya bersyukur kau boleh tahan dengan karenah aku yang kekadang buat kau tak faham. Bukan kau je yang tak faham aku pun tak faham dengan diri aku sendiri.

Saya minta awak lepaskan saya bukan sebab saya dah jumpa pengganti awak, bukan sebab saya dah sukakan orang lain dan bukan sebab orang lain tapi sebab saya. Saya taknak buat awak tunggu saya lama-lama. Saya taknak biarkan awak terseksa dengan perangai saya. Awak tu bukannya takda perasaan nak saya buat macam tu je. 

Entahlah awak. Saya yang minta awak lepaskan saya. Saya pula yang rasa sedih. Tak tahu laa apa perasaan saya sebenarnya dekat awak. Saya tak tahu apa saya nak. Saya rasa saya cuma nak awak percayakan saya walaupun saya bergaul dengan ramai kawan lelaki. Saya taknak awak sekat saya kuat sangat. Tu je saya nak sebenarnya. Bukan sebab saya tak sayang kalau saya taknak dikongkong tapi entahlah. Saya tak biasa disekat. Seumur hidup saya. Masa saya dengan awak. Awaklah orang pertama yang betul-betul serius dengan saya. Saya je tak reti bersyukur.

Takpa laa awak. Biar je saya mereput. Kalau awak rasa awak rasa ada jodoh antara saya dan awak. Awak cubalah dekat dengan saya balik. Kalau ada positive feedback dari saya, InsyaAllah... Buat masa ini biarkan saya. Kasi saya sedikit ruang dan waktu buat sementara ni yee awak :) Thanks awak.

- Abell
Aku kejam. Aku jahat. Aku selalu buat kau sakit hati dengan aku tapi kenapa kau masih lagi kuat untuk terus melayan perangai aku. Aku sepatutnya bersyukur sebab kau pilih aku tapi entah kenapa aku rasa "kosong" dengan adanya kau dekat aku. 

Aku tahu rupa aku tak setanding dengan rupa kau. Aku tahu kalau ikutkan rupa dan perangai aku dekat kau. Aku memang tak layak. Tak layak dengan kau. Bukan rupa je yang aku tak layak tapi macam-macam lagi. Aku ni bodoh. Bodoh sebab tak pandai nak hargai kau. Dari segi pendidikan, pendidikan kau jauh bagus lagi dari aku yang bodoh ni. Banyak benda yang aku kurang. Aku tak sempurna. Aku tak layak untuk kau.

Aku taknak jadi kejam campak kau buang kau macam tu je. Aku tahu kau ada perasaan dan kau juga manusia yang perlukan sebuah perasaan yang berbalas. Awak, maaf. Saya tak tahu kenapa saya macam ni awak. Saya rasa saya macam tak boleh nak teruskan. Saya rasa macam saya tak perlukan siapa-siapa termasuk untuk memecah kesunyian saya. Saya rela bersendirian tanpa teman berlainan jantina seperti awak. 

Entahlah awak. Entah.

Majlis : Kenduri Kakak Zahirah - Kak Mizah ( dari KL - Seremban - KL )

Semalam 24 Jan 2015, Sabtu

Kak Miza
  Ada majlis perkahwinan kakak Zahirah, Kak Miza. Sebenarnya nak pergi kenduri Zahirah ni tak confirm sebab semalam baru confirmkan dengan Mirul nak pergi Seremban ke tidak. Then Mirul cakap dia tak kisah, dia okay je. So aku ajak Fariq dengan Janah. Confirm kan balik jadi ke tidak nak pergi rumah Zahirah dekat Seremban. Then Fariq okay Janah okay. Aku cakap dekat Mirul, Mirul datang ambil kteorang kat tempat biasa. Owh kenduri hari sabtu sebab suami kak miza orang Johor, Johor hari ahad dah kerja gittew.

     Macam tak sangka kejap je masa berlalu. Rasa macam aku baru form 3 and baru je kenal dengan kak Miza ni. Aku tak rapat sangat dengan kakak Zahirah ni. Aqila rapat laa. Aku pon macam tak percaya umur aku kejap je dah 23 tahun. Tua weh. Aku tak ready nak bayangkan masa depan aku macam mana, future husband aku siapa, macam mana keadaan aku pada masa akan datang.. emmm. Sekilas jugak aku terfikir diri sendiri, haha. 

Lepas kekenyangan selfie duluuuuu

     Thanks Zahirah jemput makan kenduri akak kau. Thanks dekat Janah and Fariq sebab join sekali pergi rumah Zahirah dekat Seremban ni haa. Dan paling terima kasih dekat Mighul Gemoks bajet sado, hahaha (saja cari pasal) sebab drive dari Cheras ke Seremban. Tak kira duit tol dengan minyak pulak tu, haha. Panda yang lain tak dapat jumpa lagi ntah bila dapat jumpa Anish and Bedah. Nak jugak kumpul ramai-ramai macam tahun lepas :(

Yang tengah2 tu Zahirah, pokpekpokpek banyak. Haha

     Semalam Mirul baik je dengan aku. Selalu pukul-pukul aku laa jugak kalau jumpa . Sekarang ni dah kurang cari pasal dengan aku tapi standard ahh Amirul kan kalau tak bahan orang tak sah. Mungkin sekarang ni dia dah dewasa laa kot kalau tidak perangai macam pfffttt, haha. Dia maki ke, dia kutuk ke, dia cari pasal ke semua aku dah lali dengan dia sebab dia pun jenis tak kesah kena maki, kutuk and perli dengan aku, mwahaha. Sama-sama balas dendam.

Nah. Belanja :P



Zahirah menyampah dengan Mighul senanya tapi Zahirah cute ^^

Mighul acah-acah comel, bluwekkk haha

Aku happy sebab dapat kawan-kawan yang gila dan sekepala macam dorang. Kalau aku diberi pilihan sama ada aku kena pilih kawan atau kekasih pasti aku pilih kawan. Ya, aku pilih mereka. Mereka lebih kenal aku dan faham aku daripada kekasih hati aku nanti, mungkin laa. Kalau dia faham aku lebih dari mereka itu adalah bonus untuk aku sebab bukan senang orang nak faham aku :)


Untuk awak:

Awak, please jangan kongkong saya untuk luangkan masa bersama kawan-kawan saya ni. Awak janganlah terasa hati atau marah dengan saya kalau saya rapat dengan dorang lagi-lagi budak duaorang ni sepatutnya ada lagi sorang tapi tak dapat datang. 

Okay, sambung balik.

Sebelum saya kenal awak, saya kenal dorang dulu. Awak jangan risau. Dorang ni memang tak akan jadi lebih daripada kawan. Memandangkan saya dah pilih awak tak ada apa yang perlu awak risaukan. Saya tahu apa saya buat. Saya harap awak dapat faham situasi saya. Tolong ea awak, jangan sebab benda ni saya jadi jauh dengan awak :) InsyaAllah, rapat mana saya dengan dorang ni hati saya tetap dengan awak okay? Janji jangan cari pasal dengan saya, hahaha.


Habis filem aku -.- sokeyh bukan selalu :)

The End

Thanks semua, #muahciked
- Abell



Aktiviti : Broga Hills - Jom Mendaki Bukit Broga


Khamis 22 November 2015

Cadangan untuk panjat Bukit Broga ni sebenarnya dah lama. Kebetulan Khamis tu class cancel. So Janah secara tiba-tiba kasi cadangan untuk daki Broga Hills. Aku okay je sebab cadangan awal-awal aku sebelum masuk semester baru ni.

Aku dengan housemate aku (Janah, Mija & Intan) setujulah untuk daki Bukit Broga ni. Mija cakap kalau nak naik Broga lepas Bukit Broga kena pergi sungai. Tak kisah laa sungai mana-mana. Kteorang search banyak yang pergi sungai Tekala. Kteorang okay je sebab Mija sorang je yang drive.
Lekluuu selfie dulu! Hahaha
Kitaorang panjat Broga lepas subuh. Ini sebenarnya kali kedua kteorang naik Broga. Maklumlah, dah lama tak panjat Broga ni memang pancitlah dekat atas sana. Dulu panjat sampai puncak yang kedua je sebab dah tak larat biasalah first time. Sekarang dah panjat sampai puncak ke tiga. Asal siapa duduk depan mesti ada yang tanya "dah nak sampai ke?" pastu orang tu pon jawab laa "Belum-belum jauh lagi" tak pun "eh dah nak sampai dah, sikit je lagi". Bila dengar macam tu punya laa bersemangat pastu pancit balik, lek luuu pastu sambung balik jalan. Alhamdulillah laa, pancit-pancit pon, sampai jugak puncak ketiga tu.

Nah, biar gambar berbicara :)


Batu besar nak ke puncak ketiga. Macam-macam dah dorang conteng.
Kteorg takdapat conteng apa-apa sebab alatan menulis, melukis tadak.
Lagi pon tak elok taw conteng-conteng ni. Tamo tamo! No! No!
Lepas dah puas lepak-lepak kat atas barulah kteorang turun. Masa kteorang turun tu semua orang dah takda yang tinggal kteorg je, haha. Yelaa, dah pukul 9.30 kot siapa je nak duduk atas. Panas pulak tu. Masa kteorang turun tu nampak family cina ni baru start daki, cayalah bawa anak kecik.
Posing dulu, cantikkan view dia? Ke aku yang cantekkk?
Bwahahaha puihhh! Perasan! haha
Lepas kiteorang dah sampai bawah tukar kasut kasi relax-relax kejap, tengok-tengok dorang dah turun da. Apak gila laju turun. Masa nak keluar dari tempat parking Broga tu tetiba dorang jerit-jerit, ingatkan apa benda. Rupanya, kasut atas kereta mija. Bagus sangat kaw mija. Nasib baik tak keluar kat jalan raya lagi kalau tak.. tak tahu laa nak cakap apa. Mau orang gelak besar kat kteorang, haha.

Then kteorang g makan dulu sebab Mija dengan Intan mok sudah kelaparan. Aku dengan Janah nanti makan sebab nak mandi sungai dulu baru makan. Lepas makan carilah sungai tekala. Cari punya cari tak jumpa. Last-last tanya orang skali orang Asli tu cakap kalau kteorang terus kedepan dah nak ke negeri sembilan dah -.- Jauh gila. Kenapa kteorang tak nampak sungai tekala? Then kiteorang west cari Sg Gabai yang paling dekat.

Sumpah ini kali pertama and terakhir aku pergi gabai. Tinggi sungai gabai, MasyaAllah. Ingatkan tangga dia rendah laa. Sebab tak nampak panjang mana tangga dia dari bawah. Terai laa naik. Last-last harammmmm jauh lagi nak sampai atas. Nak tak nak kena teruskan sebab dah separuh jalan. Aku dok kira laa anak tangga yang ada.. around 340 something laa. Apakkk ahhh. Patah kaki.

Naik atas semuanya lelaki. Agak menakutkan dan suasana kat atas sana tak macam aku bayangkan. Bagi aku tak best langsung sg gabai tu, View dia emmm kureng ahh. Tak berkenan dek hati laa. Better sungai congkai walaupun takda air terjun, hekheks.

Lepas pergi sungai gabai. Balik Damansara then baru balik Shah Alam. Penat dia MasyaAllah. Semua orang tingtong. Cakap pon tak betul. Tak boleh nak focus langsung.
Acah-acah sweet sayang dengan ayang, haha
- Abell

Tuesday, 20 January 2015

Resipi | Menu | Masakan : "Acah-acah tortilla wrap Abell style!"

Hari ini saja aku nak post menu masakan aku. Simple saja. Acah-acah diet tapi langsung boleh dikatakan ini menu diet, Hahaha. Aku dah cuba diet Atkins tapi aku tak boleh. Pagi makan telur. Tengahari makan daging ke apa ke tapi seriusly aku tak boleh terima sayur-sayuran tiap-tiap hari. Aku rela makan roti tiap-tiap hari dari aku makan benda lain untuk diet.

So, menu ni betul-betul bukan untuk diet okay. Untuk orang kelaparan macam aku yang ngidam nasi lemak sotong tapi sotongnya takda belum ditangkap -.- terpaksa tahan lapar sekejap. Sekurang-kurangnya aku boleh jimat RM3.50. Dah ibu bekalkan barang dapur untuk aku. Buat apa aku bazirkan yedak? 
Bahan-bahan :
- Sekeping daging buger ramli
- Sebatang hotdog (aku punya hotdog cheese, ibu yg pilih)
- Sekeping keju
- Salad dipotong-potong
- Brokoli (saja letak taknak mbazir sayur)
- Tomato dipotong dadu
- Beberapa hiris timun
Bahan-bahan lain :
- Mayonis
- Sos Cili
- Garlic benda tapi sedap taw lagi-lagi sapu kat roti perancis
-Wraps yang original
Aku saja goreng garing sikit baru laa ada humph! Haha.
Bukan sebab aku tak pandai mengoreng okay.
Lupa nak tangkap gambar masa letak isi inti atas wrap ni. Hihi
Sebelum letak bahan-bahan. Sapu dulu mayonis, garlic tu, sos and then
baru laa letak bahan-bahan yang dah siap potong and masak tu.
Lepas tu gulungkan laa. Siap!
Isi terlalu padat that why dapat gulung macam gitu je, huhu.

Tahap kekenyangan : 5 bintang
(Kenyang gila makan satu ni)
 - Abell

Sunday, 18 January 2015

Lirik : Yuna - Deeper Conversation

Is your favorite color blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outer-space?
And I’m learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone take a portion of your heart?
And now I’m learning you

And if you don’t mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too

And if you don’t mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

Deeper conversation with me



Saturday, 17 January 2015

Love : Insecure bagi aku

Insecure.

Insecure merupakan satu penyakit. Penyakit yang dihidapi oleh semua orang, cuma teruk dengan tak teruk je. Insecure dalam relationship pula bila kau rasa hubungan kau dengan pasangan kau tak selamat dan kau mempunyai perasaan yang was-was dengan pasangan kau sendiri. Actually, insecure ni ada pelbagai jenis ianya terpulang dekat individu itu sendiri. 

     In relationship, fasa yang paling mudah untuk kau berasa insecure ni dalam fasa pertama hubungan kau dengan someone. Yela, fasa pertama merupakan fasa yang kau dan dia baru nak kenal hati budi dan tingkah laku pasangan kau. Then untuk fasa kedua dalam relationship ialah fasa percintaan. Kalau nak ikutkan situasi aku dalam relationship aku sekarang ni, aku combine-kan fasa satu dan dua menjadi satu. Sambil bercinta sambil tu laa kenal hati budi dan perangai masing-masing.

      Yeah, kekadang kteorang sweet kekadang sour jugak. Tak semua percintaan tu manis, yeah mungkin ikut individu itu sendiri la. Aku tak tahu laa aku ke atau dia yang bermasalah. Kekadang hal kecik pun boleh jadi gaduh. Mula la nak bertengkar macam-macam. Lagi-lagi aku yang suka sangat cari pasal dan suka mencabar orang ni, haha. Aku yang cari pasal aku pulak yang merajuk, mengade kan? Jealous dengan artis pon boleh jadi gaduh. Alah, mengada je tu. Actually, aku tak kisah mana pon kalau dia nak suka artis mana pun tapi jangan lebih-lebih pulak bikin panas pasangan kau. Yang menjadi masalah dalam relationship aku bila aku letak DP aku dengan kawan-kawan lelaki aku. Boleh pula dia nak jealous, yang ini aku memang tak faham. 

     Awak takyah laa nak rasa insecure sangat wak. Kalau saya dah pilih awak, awak la orangnya. Awak , kalau saya nak bercinta dengan kawan-kawan lelaki saya dah lama saya bercinta dengan dorang tu. Tak payah susah-susah saya nak bercinta dengan awak then buat sakit hati awak buat apa kan? Dan saya tak marah pun kalau awak nak bergambar or letak DP awak dengan kawan perempuan awak. Kenapa tak jealous? Bukan kalau saya tak jealous tanda saya tak sayang awak. Saya sayang, dan saya tahu sayang saya dekat awak tak sebesar sayang awak dekat saya kannn tapi sayang.. please trust me *buat muka comel*

      Siapa kata masa bercinta semuanya manis. Siapa kata semuanya okay. Bagi aku tak, dalam relationship ni tak semuanya manis ada masam dan pahitnya jugak. Aku yang rasa aku tahu la. Aku takda la nak cakap kalau kau tak insecure relationship kau akan stable. Tak sayang, tak, Berpada-pada la kalau nak insecure tu. Cuba control mindset tu think positive jangan fikir bukan-bukan. Cari cara macam mana nak control rasa insecure kau tu. Kalau kau terlalu insecure dan tak percayakan pasangan kau, kemungkinan besar relationship kau tu tak akan lama. Macam aku, aku takda laa nak cakap yang aku ni tak insecure langsung lagi-lagi aku dengan dia dalam LDR (Long Distance Relationship). Untuk hilang perasaan insecure aku dekat dia, aku percaya dia. Aku percaya dia, dia sayang aku dan dia takkan ada perempuan lain selain aku.  Macam mana aku boleh ada keyakinan yang macam tu? Sebab dia laa aku yakin. Tapi tak tahu laa. Rezeki dan jodoh semua ditangan tuhan. Kalau ada jodoh tak kemana.

       Ada yang cakap. Jodoh bukan datang bergolek. Nak dapatkan jodoh kita kena berusaha untuk mencari dan mempertahankan juga. Conclusion-nya, aku percayakan dia. Tengoklah, ada jodoh ke tidak. Selagi boleh pertahankan relationship aku. Aku akan pertahankan. Kalau tak, aku cuba untuk terima dengan redha. Yela, aku ni dah 23 bukan masanya untuk bertukar-tukar pasangan macam budak sekolah menengah tu. 

Hmm, itu je aku nak cakap pasal insecure ni.

Awak, tolonglah jangan terlalu insecure dengan saya. Saya tahu awak sayang saya tapi tolong ea. Maceh sayang :)
- Abell

Lirik : Pitahati - Sahabat (OST Terbaik Dari Langit)

Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali

Bila air mata menitis

Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi




Lagu tema filem Terbaik Dari Langit

Lagu/Lirik : Pitahati
Pengarah MV : Zul Luey





Nasihat Angah untuk Panda

Assalamualaikum.

Meh laa sini nak cerita something ni. Semalam enn angah mesej aku dekat facebook. Lama jugak laa tak bertegur sapa, tetiba je dia tegur. Kira okay laa tu ingat jugak dia dengan Panda, haha. Angah yang aku maksudkan ni bukan family aku taw, dia kawan aku masa kerja dekat TM dulu. Dia boleh dianggap sebagai bangah laa sebab dia dah 30 something sekarang ni. Aku dengan dia ibarat adik dengan abang je. Angah ni baik taw, kalau dia tegur mesti ada je benda dia nak nasihat aku hahaha. Okay what, abang kena laa kasi nasihat dekat adik, yedak? haha

Ada ke dia dok tanya aku ke yang peluk artis kpop tu -.- aku tahu laa aku gila kpop tapi itu dulu. Sekarang ni aku dah kurang la nak kpop ni. Siut je angah ni. Lepas tu tak habis-habis panggil aku PP aka PandaPendek kuaja betul, haha. Aku tahu angah gurau so tak kisah laa. Lepas kutuk aku, dia puji balik "Pendek tak semestinya tak menarik" aceceh puji aku pulak. Lepas tu mula laa angah nak #throwback balik masa kerja TM dengan dia dulu. Dia ckp dulu masa kerja ramai je minat dekat aku. Memang gila ah siapa yang minat aku kan. Dulu aku gila selekeh kau tahu.. pucat lesi muka aku tapi ada juga orang dok minat dekat aku sumpah tak faham. Katanya dia suka tengok aku sebab "muka aku muka kecian, macam orang sakit" -.- Sekarang orang tu dah pun jadi cikgu dan dah kahwin pun, boleh pulak angah tak tahu.

Selekeh tak bermaya macam ni ada orang minat?
tak faham tak faham -.- 
Shahir baik orangnya. Selalu pesan dekat aku "jangan tinggal solat" dengar cakap ibu ayah macam-macam laa. Dia selalu support aku. Dia tahu aku takda mood ke tengah sedih ke ada masalah ke semua dia tahu. Aku selalu gak la gaduh dengan dia tapi dia tak pernah tengking aku, tak pernah marah aku balik teruk-teruk. Aku je selalu layan orang tak elok. Jahat aku. Lelama tu kteorang pon lost contact. Tup tup dia jemput majlis kahwin dia dekat terengganu memang tak laa nak pergi. Aku tahu dia nak kahwin tapi aku tak wish pon. Bukan apa aku segan laa nak tegur dia balik and nak wish congrats dekat dia. Takpe la laki orang tu. Untung bini dia. Bini dia pon comel pulak tu. Okay laa  tu jodoh dengan kawan sekolah balik kot, hahaha. Apa-apa pun Shahir lelaki paling baik yang aku pernah kenal (rapat) dulu. Dah stop cite pasal laki orang, haha.

Pastu sambung balik pasal hal family pulak dekat angah. Sekarang mak ayah angah tak sihat. Sian angah dengan along kena jaga mak ayah yang sakit. Pastu angah mula laa cerita pasal adik beradik. Dia tanya aku dengan adik-adik macam mana? Pastu aku cerita la pasal adik-adik aku semua tu. Lepas tu angah mula laa kasi nasihat, dia cakap kalau dengan adik-adik biar rapat nanti dah besar menyesal dulu tak rapat. Jangan ego or pandang rendah dengan adik beradik kalau boleh jadikan dorang kawan baik. Sedih juga wehh dengar cerita angah, nak nanges aku. Dia pun pernah rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Dia cakap budak lelaki memang payah nak tunggu matang dan lambat sangat nak matang.. dah tua baru nak sedar and matang. Pastu angah cerita laa along angah tu macam aku suka pendam, simpan, dan terlalu berahsia sangat. Yeah, memang perangai aku macam tu ada masalah simpan pendam sampai satu tahap tak larat baru laa nak cerita balik.

Angah nasihatkan aku, dia kata jangan jadi macam dia dengan along dia yang dulu. Kalau boleh ubah, ubahlah. Biasalah kalau adik aku tu lambat matang, angah cakap camtu dekat aku. Dia kata dulu dia pun macam adik aku dan sekarang dia dah tak macam dulu dan dulu angah pernah rasa apa aku rasa. Pastu angah cakap, kalau ada rezeki kahwin tu kahwin laa jangan lewat-lewatkan kahwin sebab aku ni perempuan. Pastu angah cakap lagi, carilah orang yang boleh terima family aku seadanya. Itulah yang aku tengah tunggu tu siapalah yang sanggup terima walaupun aku tahu dia tak kesah pasal family aku tapi aku still kesah lagi sebab dia bukan tahu segala-galanya pasal aku. Hmm

Apa-apa pun thanks sebab share cerita dan kasi nasihat sikit dekat Sal. InsyaAllah Sal dengar semua nasihat angah. Angah cakap kalau ada apa-apa nak share dengan dia ke nak tanya pendapat dia ke tanya je jangan malu-malu, huhu. Baik Angah.

Lama jugak dok citcat dengan angah ni. Habis semua benda dia kupasnya, hihi.

Okay, babai.

- Abell

Friday, 16 January 2015

Semester 8 : Minggu Pertama

Hai,

          Minggu ni pergi kelas. Kelas takda. Penat je taw bangun pepagi pergi kelas. Tunggu macam tunggul sekali lecturer tak masuk. Strategic Management je madam Sharifah masuk dengan sir Saleh yang lain kelas ethis sir Mesari je masuk tu pun kelas tak penuh and tak start lagi. Kalau yang lain-lain kelas hmmm.. aku dengan Janah tunggu macam tunggul. Sem ini aku ambek 5 je subjek sebab tu je yang tinggal lepas tu praktikal.

         Sir Mesari cakap insyaAllah batch aku dapat graduate dalam bulan oktober atau november. Yeayyy! Sekejap je dah nak habis belajar. Fuhhhh *lap peluh* hahaha. InsyaAllah segala rintangan dan dugaan akan ku hadap dengan positifnya. Sebab selalunya akan ada hikmah laa kalau semester susah dan penat sangat dia punya dugaan, huhu.

Okay, babai.
Assalamualaikum.
- Abell

Sunday, 11 January 2015

Tamat sudah cuti semester 7

        Yeay! Hari ni hari kedua update blog. Semangat baru tetiba datang nak update, hihi. Pepagi bangun dikejutkan dengan berita "Gadis melayu dicabul dengan artis Kpop" hamboi, dasyat sungguh bunyinya dik, haha. Ingat berita apa laa sangatkan. Si Meran laa dok update dekat FB pasai benda ni pastu member aku tetiba whatsapp aku jangan jadi taksub sangat kpop-kpop ni,


         Maceh la Aizat ek, care dekat kawan kau yang dulunya minah Kpop. Serius sekarang ni aku dah kureng la nak kpop-kpop ni, dulu memang aku fanatic gilee dengan benda berkaitan dengan korea ni. Hari-hari dok berangan pakwe macam korea laa apa la. Dulu mungkin aku tak matang sangat kot, acewah. Maklumlah sekarang ni dah nak masuk 23 tahun takda masanya nak fikir pasal benda yang takda kaitan dengan hidup aku.

         Komen untuk video yang dorang dok peluk artis kpop tu no komen laa ek. Mungkin disebabkan dorang terlampau taksub sangat kot. Bo cakap kalau aku macam tu dia nak sebat aku pakai mop. Cis, tak padan dengan keding. Kahkahkah! Jangan maghah naa. Malam kang dah nak balik Shah Alam, wuwuwu :( 3 minggu cuti tak rasa apa la tak puas lagi. Takpa takpa, tinggal lagi 2 sem je lagi. Sem ni last sem panjang aku next sem, sem pendek terus praktikal habis belajar dan kerja, insyaAllah. Aminnn.
        Ibu pergi beli barang dapur untuk aku, Suka naa, siapa yang tak suka. Aku mintak ibu belikan sikit jaa sekali dia pergi beli semuanya dalam list. Wah, ibu aku ni.. buat aku bersemangat nak amalkan diet Atkin, kihkih. Mungkin aku akan cheat kott :P hihi
         Minta-minta sem baru aku berjalan dengan lancar dan baiknya, semoga kali ini aku lebih gigih lagi berusaha dari sem lepas, acewahhh. Dan mudah-mudahan keluarga aku dimurahkan rezeki untuk mengubah nasib, InsyaAllah Aminnnn.

Assalamualaikum,
Adios Amigos
- Abell

Saturday, 10 January 2015

First!

Hello, Assalamualaikum.

     Welcome to myblog, yeay! Hahaha. Sebelum kite mula merepek bukan-bukan meh kite kenalkan diri kite sikit ek. Ehem ehemm, nama kite Salsabilah bt Mashuri. Nama panggilan kite dekat rumah Lah/Bilah kalau kawan-kawan kite panggil kite Sal/Sally/Bell/Bella. Macam-macamkan? Kite tak kisah korang nak panggil apa pun asalkan maksud yang baik-baik yee. Memandangkan ini blog baru kite kenalkan diri kite kat sini Abell laa ek? Hihiks. Macam gewdik lew pulek, haha. Ini blog saya bukan blog awak, hee.

     Dilahirkan pada 19hb March 1992 so sekarang kite dah nak masuk 23 tahun dah, alamak tua dah. Sekarang ni kite study dekat Unisel Shah Alam ambil course Bachelor of Business Management. Sekarang ni second last sem kite lepas tu praktikal lepas tu habis dah belajar, insyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan Salsabilah Mashuri yee :) Aminnn.

Nak cerita apa lagi ek?
     Hmmm, sebenarnya ini blog kedua kita. Blog pertama kita ada tapi dah tak boleh buka sebab gatal-gatal tukar url blog lama tu. Yela, konon taknak laa nama blog macam super mengarutkan. Last-last hampeh jadi error serta merta, ceh! Tula, lain kali jangan nak mandai-mandai je tukar url segala bagai ya, menyesal tak sudah.

     Blog ini lebih kurang nafas baru kite laa. Personal blog gittew. Buka buku baru tutup buku lama, acewah. Mungkin dalam blog ni kite akan guna ganti diri saya/aku/kite/I/guwa/ai gittew laa ikut pada mood penulis ya, hahaha. Dalam blog ni, tak ada apa yang menarik sangat kot. Mungkin blog ni lebih kepada personal blog penulis dan mungkin sesuai untuk kaki-kaki stalk aku tu. Stalk me please, haha perasan je kau Salsabilah. Okay itu je kot nak cerita, hehe. Nanti apa-apa kite update laa yaa.

Adios Amigos.
- Abell